Anak kepada Fandi Ahmad, Ikhsan Fandi yang menjadi sebutan disebabkan jaringan menakjubkan semalam menegur kesilapan laman Transfermarkt.
Ia berpunca daripada gambar yang digunakan di profilnya di laman tersebut yang menjadi sumber rujukan kelab di dunia mengenai maklumat pemain.
Kesilapan yang dilakukan oleh Transfermarkt tersebut boleh diterima dek kerana mereka didapati telah meletakkan gambar abangnya, Irfan Fandi yang turut beraksi di kelab yang sama, BG Pathum United, di Thai League 1.
#SGPorElMundo 🇸🇬🗺️
🏆 🌏 #AFCChampionsLeague 2022 (1/8 de final)
🆚 BG Pathum United🇹🇭 4-0 Kitchee SC🇭🇰👤 Irfan Fandi e Ikhsan Fandi fueron titulares en el BGPU
⚽️ Ikhsan marcó el segundo gol en el 39', luego se fue sustituido en el 58'
🆙 BGPU avanzó a los 1/4 de final pic.twitter.com/2elwHjmeFR— Singapur 🇸🇬🌎 (@TeamSinga) August 19, 2022
Kedua-dua mereka boleh dikatakan hampir seiras seperti sepasang kembar. Mungkin disebabkan itu, laman itu telah tersalah gambar yang digunakan.
Di Twitternya, Ikhsan Fandi menegur kesilapan tersebut sambil meletakkan tangkap layar profil peribadinya di Transfermarkt sebagai rujukan.
“@Transfermarkt. Maaf, sebenarnya itu bukan saya. Itu abang saya.”
Ia mengundang pelbagai reaksi di Twitter dengan ada yang mengatakan ia mungkin berpunca daripada kekeliruan wajah mereka yang hampir seiras.
@Transfermarkt. Sorry that’s actually not me. that’s my brother. pic.twitter.com/070bP8en0L
— Ikhsan Fandi 🇸🇬 (@Ikhsanfandi) August 19, 2022
Sementara itu, Ikhsan menjadi tumpuan selepas meledak jaringan sensasi dalam pusingan 16 terbaik AFC Champions League (ACL) 2022 ketika BG Pathum menang ke atas wakil Hong Kong, Kitchee SC 4-0, semalam.
‘The Rabbits’ mara ke suku akhir hasil kejayaan menundukkan Kitchee.
Cemerlang di peringkat kumpulan dengan memenangi tiga perlawanan dan tiga keputusan seri, kemenangan petang semalam juga bermaksud BG Pathum belum lagi alami kekalahan di pertandingan ACL pada edisi kali ini.
Perlawanan pusingan 16 terbaik antara kedua-dua pasukan tersebut berlangsung di lokasi yang sama di mana Johor Darul Ta’zim (JDT) longlai dibelasah Urawa Reds pada sebelah malamnya. Saitama Stadium menjadi tuan rumah untuk pusingan kalah mati ACL 2022 bagi zon Asia Timur.
https://twitter.com/ElevenSportsSEA/status/1560552167190056960
Namun, jaringan pembukaan perlawanan hanya terhasil selepas setengah jam aksi berlangsung apabila Worachit memanfaatkan kesilapan penjaga gol, Wang Zhenpheng yang gagal membaca gerakan bola ketika berdepan dalam situasi satu lawan satu dengan pemain tengah itu, di minit ke-34.
Lima minit berselang, tiba giliran Ikhsan Fandi meledak gol yang sangat menarik umpama ‘letupan’ saat menerjah jaring Kitchee. Melewati kawalan dua pertahanan lawan, anak kepada lagenda Singapura, Fandi Ahmad itu melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti, menewaskan Wang.
Teerasil menjadikan kedudukan 3-0 apabila mudah menolak masuk bola pada minit ke-68 sebelum Chatmongkol melengkapkan kemenangan mereka untuk BG Pathum melangkah bergaya ke suku akhir ACL 2022.
Kemenangan tersebut menjadikan mereka kelab pertama Asia Tenggara yang berjaya melangkah ke suku akhir ACL dan gol ‘letupan’ Ikhsan itu antara yang pasti akan menjadi sebutan dan perhatian ramai pihak.
Malah di saingan Thai League 1, Ikhsan juga pernah menjadi tular dan sebutan ketika meledak empat gol dalam 11 minit ketika BG Pathum atasi Prachuap 7-2 pada April lalu – rekod baharu di arena bola sepak Thailand.