Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) redha apabila pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) tersingkir daripada saingan ACL 2022.
Langkah JDT dalam saingan AFC Champions League (ACL) akhirnya telah terhenti di pusingan 16 terbaik apabila dibenam Urawa Reds, sebentar tadi.
JDT telah tewas besar 0-5 kepada Urawa Reds di Saitama Stadium.
TMJ ucap terima kasih kepada AFC
Walaupun pahit untuk ditelan, pemilik JDT, TMJ dilihat tenang membuat ciapan mengenai kekalahan pasukannya kepada juara dua kali ACL itu.
“Satu penghargaan dapat beraksi di peringkat tertinggi, di kejohanan berprestij ini. Di peringkat sebegini, anda langsung tidak boleh membuat sebarang kesilapan. Namun, ia satu perjalanan yang hebat dan memberi pengajaran yang baik kepada pemain-pemain dan kelab.”
“Terima kasih AFC”
It is a great honor playing in this high level, prestigious competition. At this level you can’t afford to make a mistake. Nevertheless it’s been a great journey and a good learning experience for the players and the club. Thank you @theafcdotcom 🙏🏼💙♥️
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) August 19, 2022
Jelas, Urawa Reds bukanlah tandingan JDT apabila mudah dibelasah wakil dari J1 League itu. Mereka ketinggalan tiga gol di babak pertama sebelum dua gol lagi terhasil di penghujung perlawanan di saat ramai mungkin menjangkakan perlawanan akan berakhir dengan keputusan 3-0 sahaja.
Kali pertama kelab Malaysia mara sejauh ini
Ini merupakan kali pertama kelab dari Malaysia mara sehingga ke pusingan 16 terbaik ACL. Ia adalah sejarah yang baik buat Malaysia dan tentunya JDT.
Dalam setiap edisi yang disertai, JDT sentiasa menambah baik pencapaian mereka. Mungkin edisi akan datang, mereka mampu mara lebih jauh lagi.
Begitupun, ada yang mengatakan mereka mara sejauh ini disebabkan format tuan rumah yang dilaksanakan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk saingan peringkat kumpulan. JDT menjadi tuan rumah untuk Kumpulan I bersama Kawasaki Frontale, Guangzhou FC dan Ulsan Hyundai.
#sportsbuzz Johor Darul Ta’zim (JDT) lakar sejarah dalam arena bola sepak negara apabila muncul kelab negara pertama yang melayakkan diri ke pusingan kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL), selepas menundukkan Ulsan Hyundai FC 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim.https://t.co/dMlPUsvvZ2
— BERNAMA RADIO (@Bernama_Radio) April 30, 2022
JDT muncul sebagai juara kumpulan selepas berjaya mengumpul 13 mata, hasil daripada empat kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan.
Urawa Reds jelas bukan tandingan JDT
Walaupun menguasai permainan, JDT masih gagal untuk mengatasi Urawa Reds, malah dibelasah teruk bekas juara ACL edisi 2007 dan 2017 itu.
Farizal Marlias dilayangkan kad kuning pada minit ke-6, setelah beliau mengasari pemain lawan yang memberi penalti buat Urawa Reds dan Alexander Scholz sempurnakannya untuk tuan rumah di depan.
JDT dilihat semakin tertekan apabila layangan kad kuning kedua diberi kepada Matt Davies, setelah beliau menjatuhkan pemain lawan di luar kotak penalti dan hasilnya, lawan berjaya memperoleh gol kedua mereka menerusi sepakan percuma hasil jaringan Jens Karlsson pada minit ke-18.
Our journey ends in the 2022 AFC Champions League Round of 16.
More photos at https://t.co/EoGJ3nwA4W#JDTvRED#AFCChampionsLeague#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/rOLCFFWOog
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 19, 2022
Pada minit ke-38, Karlsson terus menambah derita buat JDT apabila pemain tersebut berjaya meledak gol ketiga buat Urawa Reds, setelah rembatan beliau langsung tidak sempat dihalang oleh pemain JDT.
Urawa Reds akhirnya menamatkan terus cabaran JDT pada minit ke-84 menerusi gol keempat mereka hasil jaringan Kasper Junker yang mudah menghukum kelemahan sistem pertahanan skuad kendalian Bidoglio.
Sebelum wisel penamat ditiup, Junker sekali lagi tampil untuk meledak gol kelima buat Urawa Reds, setelah sekali lagi pertahanan JDT tidak menutup ruang dengan baik untuk menghalang penyerang gantian tersebut.