Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa mengucapkan selamat tinggal dalam saingan AFC Champions League 2022 setelah mereka terkandas di pusingan 16 terbaik di tangan Urawa Red Diamonds.
Seperti ramalan penyokong Urawa Reds sebelum ini yang menyatakan JDT akan pulang lebih awal ke Malaysia pada hujung minggu ini di media sosial sebelum itu.
Kekalahan 5-0 kepada Urawa Reds di Stadium Saitama pastinya memberi pengajaran terbaik buat mereka untuk memperbaiki corak permainan mereka supaya lebih bersedia pada tahun hadapan.
♦️FULL TIME♦️
JDT 0-5(前半0-3) #浦和レッズ得点者⚽️
8分 #アレクサンダーショルツ
19分 #ダヴィドモーベルグ
39分 #ダヴィドモーベルグ
84分 #キャスパーユンカー
90+1分 #キャスパーユンカーこの結果、浦和レッズの準々決勝進出が決定しました‼️#ACL2022 #REDS030th #urawareds #WeareREDS pic.twitter.com/7noF4PLqrZ
— 浦和レッズオフィシャル (@REDSOFFICIAL) August 19, 2022
Pada perlawanan tersebut, JDT jelas mempunyai jurang perbezaan agak besar dari segi kualiti permainan selain kesilapan-kesilapan kecil dibuat Farizal Marlias yang mengundang gol pertama permainan.
Selain itu, keputusan pengadil perlawanan juga dilihat sedikit meragukan apabila banyak siri layangan kad kuning diberikan kepada pemain JDT sepanjang permainan berlangsung.
JDT terlebih dahulu memperoleh peluang menerusi sepakan dari luar kotak penalti hasil percubaan Arif Aiman pada minit kedua, setelah ada kesilapan dibuat oleh pertahanan lawan yang membuka ruang buat pemain muda tersebut mencuri peluang.
⏰ FT | 🇲🇾 Johor Darul Ta’zim 0️⃣-5️⃣ Urawa Red Diamonds 🇯🇵
♦️ Urawa are off to the Quarter-Finals after a dominant display in front of a delighted home crowd!
#ACL2022 | #JDTvURA pic.twitter.com/3j5WsNW75G— #ACL (@TheAFCCL) August 19, 2022
Namun, rembatan tepat yang dilepaskan tersebut berjaya ditepis keluar dengan baik oleh penjaga gol Urawa Reds, Shusaku Nishikawa.
Pasukan kendalian Hector Bidoglio jelas menguasai permainan dengan baik menerusi tekanan yang sentiasa diberikan oleh mereka ke atas pertahanan lawan.
Farizal Marlias dilayangkan kad kuning pada minit ke-6, setelah beliau mengasari pemain lawan yang memberi penalti buat Urawa Reds, dan sepakan tersebut mudah diambil oleh Alexander Scholz untuk meletakkan tuan rumah di hadapan dengan keputusan semasa 1-0.
JDT dilihat semakin tertekan apabila layangan kad kuning kedua pula diberikan kepada Matt Davies, setelah pertahanan tersebut menjatuhkan pemain serangan lawan di luar kotak penalti pada minit ke-17.
Hasilnya, Urawa Reds berjaya memperoleh gol kedua mereka menerusi sepakan percuma hasil jaringan Jens Karlsson pada minit ke-18 yang mudah menewaskan Farizal Marlias.
Pada minit ke-38, Karlsson terus menambah derita buat JDT apabila pemain tersebut berjaya meledak gol ketiga buat Urawa Reds, setelah rembatan beliau langsung tidak sempat dihalang mana-mana pertahanan pelawat.
Bersambung di separuh masa kedua, Urawa dilihat cuba mengendurkan sedikit asakan mereka dengan memperlahankan intensiti permainan.
Namun, JDT masih lagi dilihat bermasalah dari segi kreativiti mereka untuk mencipta sebarang gerakan yang berkualiti bagi mencari gol pertama kelab tersebut.
Pemain baharu mereka, Jordi Amat juga setakat ini masih lagi bermasalah untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan, selain agak lambat untuk menutup ruang di bahagian tengah.
🙌 Urawa have a polished ♦️ in their ranks!
🤨 Can David Moberg Karlsson complete his 🎩 trick in the second half?#ACL2022 | #JDTvURA pic.twitter.com/FhmZyP3rRZ
— #ACL (@TheAFCCL) August 19, 2022
Menuju ke 10 minit terakhir permainan, JDT dilihat masih lagi sukar untuk mendapatkan sebarang jaringan, selain Urawa Reds pula makin meningkatkan intensiti permainan.
Urawa Reds akhirnya menamatkan terus cabaran JDT pada minit ke-84 menerusi gol keempat mereka hasil jaringan daripada Kasper Junker yang mudah menghukum kelemahan pertahanan skuad kendalian Bidoglio.
Sebelum wisel penamat dibunyikan, Junker sekali lagi tampil untuk meledak gol kelima buat Urawa Reds, setelah sekali lagi pertahanan JDT tidak menutup ruang dengan baik untuk menghalang penyerang gantian tersebut.
Keputusan perlawanan kekal dengan JDT merekodkan kekalahan besar 0-5 di tangan Urawa Reds bagi menamatkan cabaran mereka musim ini di pentas ACL 2022.
Kesebelasan utama
Johor Darul Ta’zim (JDT): Farizal Marlias (Kapten) (Penjaga gol), Matthew Davies, Bergson da Silva, Shane Lowry, Nazmi Faiz, Corbin Ong, Ignacio Insa, Shahrul Mohd Saad, Arif Aiman Hanapi, Fernando Forestieri, Jordi Amat Maas
Urawa Red Diamonds: Shusaku Nishikawa (Kapten) (Penjaga gol), Hiroki Sakai, Atsuki Itoh, Takuya Iwanami, Yosho Koizumi, Jens Karlsson, Yusuke Matsuo, Tomoaki Okubo, Alexander Scholz, Ayumu Ohata