Ketua Umum PSSI Sedia Beri Fasiliti Lengkap Jika Jawatannya Dikekalkan

Mochamad Iriawan selaku Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) akui dirinya sangat bersedia untuk terus memacu persatuan tersebut ke arah lebih baik pada masa hadapan.

Namun, segalanya terletak atas suara majoriti jika khidmat beliau masih lagi diperlukan untuk sesi 2023 sehingga 2027 sebagai pemimpin utama PSSI.

Sebelum itu, Iriawan mula dilantik sebagai Ketua Umum PSSI pada tahun 2019 setelah mendapat 82 undian daripada 85 orang yang terlibat ketika Kongres Luar Biasa (KLB) PSSI pada awal bulan November tahun tersebut.

Kini, kontrak beliau selaku Ketua Umum PSSI sudah pun memasuki tahun akhir apabila dijadualkan tamat pada hujung tahun 2023 sebelum perubahan baharu berlaku dalam persatuan tersebut.

Untuk itu, tiga kongres dijadualkan bakal berlangsung pada tahun hadapan iaitu Kongres Tahunan pada awal tahun hadapan, KLB Pembentukan Jawatankuasa Pilihanraya, serta Kongres Biasa pada akhir tahun.

“Saya hanya individu yang diangkat oleh para peminat sukan bola sepak. Malah, saya sendiri mencintai sukan ini.

“Sekiranya mereka di luar masih lagi memerlukan khidmat saya untuk memajukan bola sepak Indonesia, ya saya sudah pun bersedia,” jelas Iriawan.

Tambah beliau lagi, salah satu impiannya yang sehingga kini masih belum tercapai sebagai pemimpin utama PSSI ialah membangunkan pusat latihan serta ibu pejabat persekutuan rasmi.

Kemungkinan besar, segala rancangan pembinaan fasiliti tersebut bakal dibuat di Kalimantan pada masa akan datang.

Perkara tersebut dilihat bakal menjadi kenyataan pada masa hadapan, setelah Iriawan sebelum itu telah pun berjumpa Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo dan membincangkan perkara itu.

Menurut info, Jokowi sudah pun menyediakan tanah khas seluas 30 hektar buat PSSI untuk membangunkan fasiliti yang lengkap agar dapat digunakan oleh para pemain pada masa hadapan.

“Yang saya masih belum dapat tunaikan sehingga kini ialah pusat latihan khas, kem latihan, dan tempat itu sendiri hingga kini.

“Namun kawasan untuk pembinaan sudah pun diberikan oleh pihak kerajaan dan kemungkinan besar pejabat rasmi PSSI juga bakal dibina di ibu negara iaitu Kalimantan.

“Ini bertepatan dengan kehendak FIFA yang mahu pejabat rasmi sesebuah persatuan bola sepak negara dibina di ibu negara. Ya, kami akan berpindah ke Kalimantan,” jelas beliau lagi menerusi CNN Indonesia.

Pada masa sama, Iriawan juga mempunyai sasaran tersendiri sebelum masanya bersama PSSI berakhir pada hujung tahun hadapan.

Menurut Iriawan, beliau mahu mengubah ranking semasa Indonesia yang ketika ini berada di kedudukan 150 dunia kepada 100 terbaik dunia pada masa akan datang.

Selain itu, salah satu perkara yang dijanjikan oleh Iriawan masih belum dapat ditunaikan ialah nilai hak komersial setiap pasukan yang bertanding dalam saingan Liga 1 Indonesia ditingkatkan kepada 15 juta Rupiah (RM4,525.44).

Namun, perkara itu masih belum dapat dilaksanakan setelah wabak pandemik yang melanda dunia pada tahun pertama Iriawan memulakan tugas selaku Ketua Umum PSSI.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN