Kerana Cuai, Penduduk India Untung Dapat Beli FIFA23 Pada Harga RM0.30

Inilah yang dinamakan sebagai rezeki terpijak buat semua pemain FIFA di India.

Hanya kerana satu kecuaian, pemain FIFA di India menikmati edisi terbaharu permainan video tersebut iaitu FIFA23 dengan harga yang teramat murah!

Laman Epic Games yang menjadi platform penjualan FIFA 23 itu secara silapnya telah menjual permainan tersebut dengan harga RM0.30.

Lebih perit, edisi paling mahal iaitu FIFA 23 Ultimate Edition merupakan varian yang dijual dengan harga tersebut.

Kesilapan Epic Games itu telah diambil kesempatannya oleh mereka yang berada di India untuk bermain permainan video kegemaran dengan harga yang terlampau murah.

Harga yang sepatutnya dijual untuk FIFA 23 Ultimate Edition adalah $99.99 atau RM448.

Diampunkan

Menurut Wiser.my, walaupun perkara itu telah terjadi, namun pihak EA Sports tidak memilih untuk menghukum mereka yang membeli FIFA 23 dengan harga terlalu murah itu.

Sebaliknya, mereka tidak meminta pembeli untuk membayar baki yang sepatutnya dibayar.

Barang kali mereka menyedari ianya adalah kesilapan dari pihak Epic Games maka EA Sports memilih untuk tidak menghukum pihak pembeli.

“Beberapa minggu lepas, kami telah menjaringkan ‘gol sendiri’ apabila telah menawarkan pra-pembelian FIFA 23 pada harga yang tidak tepat.

”Ianya adalah kesilapan kami, dan kami nak anda tahu yang kami menerima pembelian pada harga tersebut,” tulis EA Sports dalam kenyataan mereka.

FIFA 23 adalah edisi terakhir kerjasama antara EA Sports dan FIFA. Pada 2024 EA Sport akan mengeluarkan permainan video edisi mereka sendiri iaitu EA Sports FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN