Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berdepan Urawa Reds dalam pusingan 16 terbaik AFC Champions League (ACL) tanpa kudrat Leandro Velazquez.
Mungkin sedikit sebanyak ia akan mengganggu perancangan pengendali, Hector Bidoglio, namun mereka masih memiliki pemain berkualiti lain.
Teka-teki mengenai pengganti Leandro tidaklah sesukar mana, namun, dengan perubahan pengendali, siapa agaknya yang bakal jadi taruhan?
We are settling well in Japan and done our best to prepare for the AFC Champions League Round of 16 match against Urawa Reds tomorrow.
[1/2] pic.twitter.com/l4ctzVjFH1
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 18, 2022
Leandro digantung perlawanan
Ketiadaan perancang tengah JDT itu disahkan oleh Bidoglio semalam dalam sidang media pra perlawanan dengan menjelaskan Leandro akan terlepas aksi berdepan Urawa Reds disebabkan penggantungan. Beliau menjangkakan akan membuat sedikit rombakan di jentera tengah.
“Kami telah menyesuaikan diri dengan baik di Jepun dan melakukan yang terbaik untuk mempersiapkan pasukan untuk pusingan 16 Terbaik AFC Champions League [ACL] menentang Urawa Reds esok.”
“Leandro Velazquez digantung untuk perlawanan ini dan kami perlu melakukan beberapa perubahan di bahagian tengah”
Dalam tiga perlawanan terakhir mereka di Malaysia melibatkan aksi Liga Super dan Piala FA, Leandro telah beraksi dalam semua perlawanan dan bergandingan bersama Afiq Fazail di tengah dibantu Hong Wan di posisi defensive midfielder. Ketiadaan Natxo Insa – yang cedera, menyebabkan Hong Wan diberikan penampilan dalam kesebelasan utama lebih kerap.
Natxo Insa atau Hong Wan malam ini di Gong Badak? #MSL22 #JDT pic.twitter.com/z1ZD6JRWcX
— Juan Bapakaw (@juanbudiman) August 10, 2022
Natxo pula dimaklumkan sudah mula menjalani latihan bersama pasukan dan tentunya kudratnya lebih mahu ditagih JDT dalam pentas tertinggi pertandingan kelab di Asia ini. Tetapi, statusnya untuk diturunkan masih diragui dan tidak pasti kerana sudah hampir sebulan tidak turun beraksi.
“Natxo Insa telah berlatih tetapi tidak bermain hampir sebulan.”
Leandro adalah pemain penting
Selain Natxo, Leandro juga adalah tonggak penting JDT tetapi namanya kurang didendang oleh para penyokong mahupun pemerhati Liga M.
Mereka juga ada lagenda skuad negara, Safiq Rahim yang masih memiliki sentuhan emas selain Afiq Fazail, Nazmi Faiz, Syamer Kutty Abba, Danial Amier Norhisham dan terkini kembalinya Junior Eldstal ke dalam pasukan.
Pemain-pemain yang berada dalam senarai JDT adalah yang terbaik di Malaysia saat ini. Jika tidak bermain sekalipun, jika diperlukan, pemain seperti Safiq Rahim atau Nazmi Faiz akan masuk mengubah permainan.
Leandro Velasquez vs Ulsan Hyundai
Touches: 73
Passes: 46
Chances Created: 5
Shots: 6
Dribbles: 4
Ball Recoveries; 5
Ground Duels Won: 9
Goals: 1With Natxo going off, Leandro had to adopt a bigger role. And he stepped up. What a performance. pic.twitter.com/9LE2KxmzmO
— Keesh (@keeshmatstats) April 30, 2022
Jika sebelum ini, semua mata tertumpu kepada Natxo Insa yang sering kali diangkat, namun data daripada pengumpul statistik Liga Malaysia (Liga M), Data Sukan, membuktikan Leandro juga tidak kurang hebatnya buat JDT.
Beraksi 722 minit musim ini, Leandro melakar 114 hantaran ke final third dan mencipta 12 peluang. Ketepatan hantarannya? Menurut data, ketepatan hantaran pemain kelahiran Argentina itu adalah 91 peratus.
Ia mengatasi dua lagi ‘top passer’ Liga Super setakat ini, Natxo Insa dan Dechi Marcel. Beliau juga yang terbanyak di kalangan mereka melakukan hantaran ke final third. Keberadaan Natxo Insa dan Leandro dalam senarai ‘top passer’ itu menandakan yang JDT memiliki jentera tengah yang kukuh.
Kesan ketiadaan Leandro, siapa ganti?
Seperti yang dikatakan di perenggan sebelum ini, mereka tiada masalah untuk menggantikan pemain yang tiada – sebab cedera atau digantung. Untuk situasi Leandro, mereka masih ada Safiq Rahim dan Nazmi Faiz.
Atas faktor usia, Nazmi Faiz dijangka akan menjadi pilihan. Gandingan Nazmi, Afiq Fazail dan mungkin Hong Wan bakal disandarkan untuk berdepan Urawa Reds – jika Natxo Insa belum cergas sepenuhnya.
Debut Jordi Amat dengan JDT di Jepang Mungkin Tertunda https://t.co/uvkPs3vgmP
— MakanBola (@makanbolaplus) August 18, 2022
Dan ketiadaan Leandro yang merupakan pemain import akan membuka ruang buat seorang lagi pemain import diturunkan. Walaupun dikatakan belum pasti, tapi ia bukan janji. Jordi Amat hampir pasti akan diturunkan dengan situasi terkini ketiadaan Leandro ini. Pengalamannya juga bernilai.
Pemain import yang sentiasa berada dalam kesebelasan pasukan adalah gandingan Fernando Forestieri dan Bergson da Silva selain Leandro serta pertahanan, Shane Lowry. Kelompongan Leandro boleh ditampung seorang lagi pemain import dan tentunya aspek yang mahu dikukuhkan ketika berdepan wakil Jepun itu nanti adalah organisasi di benteng pertahanan.
Menurut Bidoglio, Amat dalam proses mendapatkan tahap kecergasannya yang sepatutnya dan tidak mustahil beliau sudah bersedia untuk beraksi.
“Jordi Amat pula sedang meningkatkan kecergasan ketika ini.”
Ketiadaan Leandro membuka peluang kepada dua pemain sebenarnya – kepada pengganti untuk posisinya dan Jordi Amat tentunya yang akhirnya boleh diturunkan dalam penampilan pertama di JDT – jika diperlukan.