Beberapa jam lalu pemain serangan Brazil iaitu Oscar dos Santos telah memuat naik satu status di laman Twitter beliau yang mempunyai perkataan TMJ.
Umum diketahui TMJ di Malaysia merujuk kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan merupakan pemilik kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini salah satu pasukan terkaya di Asia Tenggara.
Agradeço o interesse do Flamengo e da torcida, mas não foi possível concretizar nesse momento.
Desejo muita sorte ao clube e a todos os amigos que tenho por lá no restante dessa temporada.
Obrigado a todos! Tmj 👊🏼⚽️
— Oscar (@oscar8) August 16, 2022
Menerusi kenyataan Oscar ketika itu, beliau menyatakan ucapan terima kasih kepada para peminat Flamengo yang sebelum ini tidak putus-putus memberi sokongan kepada dirinya.
Beliau juga menyatakan penghargaan untuk Flamengo dan para penyokong kelab tersebut, namun tidak dapat menyertai mereka dengan lebih lama selain mengharapkan yang terbaik buat pasukan itu.
“Hai anda semua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas segala penghargaan dan mesej yang diterima bulan lepas, terutamanya daripada semua peminat Flamengo.
“Saya menghargai segala usaha Flamengo dan para peminat, tetapi perkara ini tidak dapat direalisasikan segalany pada masa ini.
“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada kelab dan semua rakan yang saya ada di sana untuk baki musim ini.
“Terima kasih semua! TMj,” jelas Oscar di Twitter.
Sebelum itu, Oscar disahkan bakal menyertai Flamengo menerusi perpindahan secara pinjaman beliau daripada Shangai Port pada awal Ogos ini.
Namun perkara tersebut tidak dapat menjadi kenyataan setelah Fabrizio Romano sendiri mengesahkannya pula sebentar tadi.
Oscar signed contract with Flamengo on August 5 as club announcement was ready – but Shanghai SIPG didn't sign final documents and so decided against verbal agreement. 🇧🇷 #transfers
Oscar took pics with Flamengo shirt and here confirms he wanted to join – but deal is now off. https://t.co/3Ose2HsccL
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 16, 2022
Ini kerana, sepatutnya Oscar sudah pun untuk menandatangani kontrak bersama kelab tersebut pada 5 Ogos sebelum itu, namun disebabkan Shanghai Port gagal untuk menyediakan dokumen lengkap bagi perpindahan tersebut, maka kontrak tersebut tidak dapat disahkan.
Menerusi kata-kata beliau yang menyebut perkataan TMJ, pastinya ia menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat mengenai hala tuju Oscar selepas ini.
Namun setelah dikaji maksud sebenar TMJ yang dinyatakan oleh Oscar, ia sebenarnya merupakan singkatan kepada ‘tamo junto’membawa maksud ‘kami bersama’.
Walaupun begitu, sebenarnya ia bukan suatu perkara yang mustahil untuk JDT memiliki pemain bintang seperti Oscar pada masa hadapan.
Seperti diketahui ramai, JDT merupakan pasukan yang sering mencipta kejutan menerusi pemain-pemain import bertaraf dunia ditandatangani mereka sebelum itu.
Pablo Aimar, Daniel Guiza, Luciano Figueroa, serta beberapa nama lagi pemain import sebelum itu yang merupakan nama besar dalam karier bola sepak di Eropah telah menyertai JDT.
Namun, rasanya kini TMJ pastinya kini sedang memberi fokus penuh buat pasukannya yang bakal menghadapi tugas getir dalam membawa nama kelab di Jepun bagi saingan 16 terakhir AFC Champions League (ACL) menentang Urawa Reds.
Japan calling 📞 🇯🇵
More photos at https://t.co/8CPahfWFX7#JDT #LuaskanKuasamuJohor #JDTForAll pic.twitter.com/fTfunBXkBe
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 14, 2022
Sekiranya mereka berjaya mencatat keputusan positif dengan mengatasi kelab tersebut, satu lagi sejarah bakal terlakar buat JDT dalam misi terus menaikkan martabat bola sepak negara.