Penang FC dilaporkan bakal kehilangan dua pemain tonggak utama mereka, Endrick Dos Santos dan Khairul Akmal Rokisham menjelang aksi bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) Jumaat ini.
Menurut sumber laporan daripada Syakirah Zulkifly, Penang FC bakal kehilangan dua pemain tersebut untuk aksi bertemu JDT di peringkat separuh akhir saingan Piala FA.
Masih tidak jelas apa sebenarnya yang menyebabkan kedua-dua pemain tersebut diketepikan, dan ramai peminat percaya kehilangan Endrick Dos Santos adalah kerana beliau mungkin sekali lagi diserang penyakit misteri.
Penang FC hilang khidmat dua pemain tonggak, Endrick Dos Santos dan Khairul Akmal Rokisham menjelang aksi separuh akhir Piala FA berdepan JDT pada Jumaat. @ASTROARENA pic.twitter.com/DmFJjxgQRi
— Syakirah Zulkifly (@SykrhZlkfly) August 4, 2022
Agak tidak masuk akal untuk Penang dengan tiba-tiba mengetepikan pemain terpenting dalam skuad mereka, apa lagi ketika memikirkan yang mereka bakal turun beraksi dalam perlawanan besar.
Khidmat Endrick Dos Santos sebenarnya sangat diperlukan ketika bertemu JDT dan beliau berpotensi untuk membantu skuad mencipta sesuatu dalam perlawanan tersebut.
Ketiadaan beliau jelas sekali bakal memberi impak kepada persiapan skuad Penang FC menjelang perlawanan penting itu.
Penyakit misteri datang lagi?
syoklahh endrick dos santos g legoland bawa family holiday. https://t.co/tN5VhmSHwa
— Z 🇲🇾 (@z4rriq) August 4, 2022
Ini bukanlah kali pertama Endrick terpalit dengan kontroversi yang agak misteri dalam kalangan penyokong dengan beliau sebenarnya sudah mula dikaitkan dengan hal panas seperti ini sejak dari 2019 lagi.
Pada tahun 2019, Endrick pernah mengalami penyakit misteri apabila beliau tidak dapat beraksi bersama Selangor ketika itu untuk suatu tempoh masa yang agak lama dan terlepas tujuh perlawanan dalam saingan tempatan.
Disebabkan kecederaan berpanjangan yang tidak diketahui asbabnya itu Selangor terpaksa untuk mendaftarkan Ifedayo Olusegun pada jendela perpindahan kedua bagi menggantikan khidmat Endrick.
“Sebagai pemain, saya berasakan Dos Santos sendiri pun tidak pasti mengenai situasi kecederaannya.
Previu Piala FA: Peluang Penang Untuk Lakar Kejutan Atasi JDT Di SSI?https://t.co/nobvbkhC2j
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) August 4, 2022
“Buat masa ini, pasukan perubatan sedaya-upaya (berusaha untuk membantunya agar segera pulih), jadi kalau perkembangannya tidak memberangsangkan menjelang hujung bulan ini, maka kami akan menggugurkannya,”
Jelas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr. Johan Kamal Hamidon ketika itu mengenai situasi Endrick menerusi Stadium Astro.
Terbaru, bulan lalu beliau turut diserang penyakit misteri menjelang aksi bertemu JDT dan Endrick dikatakan akan bercuti hingga 31 Julai.
Walau bagaimanapun, selepas tamat aksi bertemu JDT, Endrick Dos Santos telah kembali beraksi bersama skuad Penang FC tanpa ada sebarang masalah.
Penggempur utama JDT pun tak mahu pandang rendah Penang FC..#majoriti #PialaFA #bolasepak #jdt #PenangFC #ar70338 #mj040822 https://t.co/ZIYcZjrVMG
— Majoriti (@majoritionline) August 4, 2022
Kini, menjelang aksi bertemu JDT, Endrick Dos Santos sekali lagi diketepikan dari skuad Penang FC dan hal itu jelas sekali akan menimbulkan persoalan di kalangan peminat.
Adakah Penang FC akan mampu beri saingan kepada JDT walau tanpa kehadiran Endrick Dos Santos? Bincangkan diruangan komen.