Sepakan penalti jika dilihat ianya seperti satu tugas yang amat mudah.
Mana tidaknya, anda hanya perlu sepak dari jarak 12 meter ke arah pintu gol dengan satu tendangan. Tak susah pun kan?
Tetapi, ianya cukup sukar untuk diatas lagi-lagi apabila penjaga gol lawan melancarkan perang saraf kepada anda.
Jadi, sebagai penyepak, kita perlu membalas balik perang saraf itu untuk memastikan jaringan berjaya dilakukan.
Perang saraf ini macam-macam cara boleh dibuat, salah satunya dengan melakukan larian menuju bola dengan gaya yang unik.
Pemain-pemain seperti Jorginho dan Paul Pogba antara pengambil penalti yang mempunyai larian menuju bola yang unik.
Dalam sebuah perlawanan di Brazil, seorang pemain telah tular apabila mengambil sepakan penalti dengan gaya yang berlebihan seperti Pogba.
Gayanya itu cukup rasanya kerana pemain itu mengambil langkah yang jauh seperti pemain futsal mengambil sepakan penalti, larian yang perlahan seperti Pogba serta cubaan menyepak dengan menggunakan satu langkah sahaja.
Hasilnya, sepakannya itu ke laut dan merugikan pasukan pemain itu yang sedang berusaha untuk memang. Jika dilihat, semua cara untuk psycho penjaga gol semua dilakukan tapi hasilnya ‘hauk’.
Anda boleh saksikan video tersebut di bawah: