Setelah tampil cemerlang dengan meledak dua gol pada perlawanan Liga Super 2022 lalu ketika menentang Kedah Darul Aman (KDA), kini Jordan Mintah pastinya berada dalam momentum terbaik untuk menghadapi aksi seterusnya pula.
Penyerang import Kuala Lumpur City (KL City) itu pastinya kini tidak sabar untuk terus meledak gol seterusnya pula meskipun sedar bakal berhadapan laluan sukar untuk berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Excellent performance from the whole team!
Onwards and upwards, we go! 🚀#KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/HskrfJwJB9
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) July 28, 2022
Dalam aksi yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) Iskandar Puteri pada Isnin ini, pastinya Mintah bakal terus dijadikan sandaran pasukan untuk merobek gawang gol tuan rumah.
Pemain tersebut baru sahaja meledak gol pertamanya musim ini dalam saingan Liga Super setelah dipinjamkan oleh Terengganu kepada KL City pada jendela perpindahan kedua lalu.
Dua gol ledakan Mintah berjaya membantu pasukan diwakilinya itu meraih kemenangan untuk mengetepikan cabaran KDA di laman sendiri sekali gus memberi keyakinan buat beliau mempamerkan aksi lebih baik selepas ini.
Harapan Mintah, semoga jaringan pada perlawanan lalu menjadi permulaan buat beliau untuk terus menggegar gawang gol lawan dan dapat terus membantu KL City meraih keputusan positif.
Selain meningkatkan moral Mintah, kemenangan lalu juga pastinya berjaya mengembalikan motivasi buat para pemain KL City setelah dilihat tampil dengan tidak begitu konsisten sebelum ini.
No caption needed. #KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/ZZr7cUjIFv
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) July 28, 2022
“Rasa sangat bersyukur kerana dapat menjaringkan gol tetapi saya juga mahu ucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan yang sentiasa memberikan sokongan.
“Saya hampir mendapatkan hatrik namun tuah tidak bersama saya tetapi apa lebih penting kami berjaya raih kemenangan selepas beberapa perlawanan,” kata Mintah menerusi Arena Metro.
Pemain kelahiran Ghana itu mengakui sedikit sukar untuk menyesuaikan diri pada awalnya sewaktu menyertai KL City sehingga beliau tidak dapat menghasilkan gol buat pasukan.
72' GOL | Jordan Mintah menanduk masuk hantaran lintang Romel Morales untuk meletakkan KL City di depan!@KLCityFootball 2-1 @kda_fc #LigaSuper2022 pic.twitter.com/qNatqw08nt
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 27, 2022
“Memang memakan masa bagi saya mendapatkan keserasian kerana hadir ke sini (KL City) semasa pintu perpindahan kedua pemain hampir ditutup.
“Kini saya sudah mula memahami corak permainan rakan sepasukan dan harap jaringan ini adalah permulaan untuk saya jaringkan lebih banyak gol untuk KL City,” katanya.