Pemain bintang Thailand iaitu Chanathip Songkrasin dikhabarkan tidak akan membuat penampilan beliau bersama skuad kebangsaan untuk dua kejohanan bakal berlangsung pada tahun ini.
Menurut Asean Football, pemain yang beraksi di posisi tengah menyerang itu tidak akan bersama Thailand dalam kejohanan Piala AFF 2022 serta King Cup untuk berehat seketika selepas Chanathip dikatakan sudah melalui banyak perlawanan.
🇹🇭 𝐂𝐇𝐀𝐍𝐀𝐓𝐇𝐈𝐏 𝐖𝐈𝐋𝐋 𝐍𝐎𝐓 𝐏𝐋𝐀𝐘 𝐀𝐓 𝐀𝐅𝐅 𝐂𝐔𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟐
Chanathip revealed that he will take a break from playing for Thailand in the remaining 2 tournaments of this year, including King Cup and AFF Cup 2022 due to insufficient fitness.#FAT #Chanathip pic.twitter.com/tGRR1RGnzL
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) July 27, 2022
Pemain itu juga menjelaskan beliau mahu berehat kerana isu kecergasan dirinya yang agak menurun dan mahu tubuhnya berehat seketika agar kembali dengan lebih baik bagi kejohanan seterusnya.
“Saya sentiasa bangga kerana lahir di sini serta mewakili Thailand. Saya sentiasa mahu berikan segalanya yang terbaik buat kelab dan negara.
“Untuk kejohanan King Cup dan Piala AFF 2022 ini saya tidak pasti sama ada bakal dipanggil beraksi atau tidak.
“Walaupun begitu, saya akan berfikir terlebih dahulu dan berkemungkinan juga tidak akan hadir untuk beraksi untuk skuad kebangsaan.
“Tubuh saya juga perlukan sedikit rehat. Saya hampir tiada masa rehat untuk sebulan ini atau dalam masa seminggu. Tubuh saya juga semakin teruk ketika ini dari segi prestasi.
“Berkemungkinan besar, para penyokong tidak dapat melihat kelibat saya untuk beraksi pada penghujung tahun ini dalam dua kejohanan tersebut,” jelas Chanathip.
Untuk rekod, saingan Piala AFF tidak ada dalam kalendar FIFA dan skuad kebangsaan tidak boleh memaksa mana-mana pemain untuk dipanggil serta tidak menjadi kesalahan apa-apa.
Chanathip mula mencipta sensasi di Asia Tenggara apabila beliau menyertai Hokkaido Consadole Sapporo di Jepun bagi saingan J1 Leage secara pinjaman daripada Muangthong United pada tahun 2017.
Southeast Asian superstar, @Chanathipjay’s first look in 🐬Kawasaki Frontale colors — 🏅vowing to claim titles with @frontale_staff.
–
© Kawasaki Frontale – All Rights Reserved pic.twitter.com/MawUtuCx0b— J.LEAGUE Official (English) (@J_League_En) January 15, 2022
Selepas beraksi cemerlang bersama kelab tersebut sehingga membawa kepada naib juara J.League Cup pada 2019, pada tahun 2022, Chanathip dilamar pasukan gergasi iaitu Kawasaki Frontale.
Chanathip juga beraksi dalam aksi pra-musim ketika menentang Paris Saint-Germain baru-baru ini yang turut dibarisi oleh Lionel Messi dan beberapa pemain bintang dari Eropah.
ดีใจจัง pic.twitter.com/kpuvZUyD0h
— Chanathip (@Chanathipjay) July 26, 2022
Bersama Thailand pula, beliau telah membantu skuad kebangsaan tersebut meraih gelaran juara Piala AFF sebanyak tiga kali serta mencatat kejuaraan King’s Cup pada tahun 2016.