Enrique Cerezo selaku Presiden Atletico Madrid menganggap perpindahan bintang bola sepak dunia iaitu Cristiano Ronaldo menyertai kelab miliknya adalah mustahil setelah melihat situasi tersebut lebih kepada paksaan.
Penyerang kelahiran Portugal itu sebelum ini dilaporkan telah membuat satu perbincangan bersama-sama ejennya iaitu Jorge Mendes di padang latihan selepas beliau sebelum itu tidak menyertai aksi pra-musim bersama pasukan di Thailand serta Australia.
Atletico Madrid president Enrique Cerezo shuts down the Ronaldo rumours ❌ pic.twitter.com/WrFqivp3tR
— ESPN FC (@ESPNFC) July 26, 2022
Menurut laporan, Ronaldo tidak dapat menyertai aksi pra-musim tersebut kerana beliau telah meminta pelepasan bagi menyelesaikan masalah peribadi.
Ronaldo dikhabarkan telah membuat permintaan agar dilepaskan beliau untuk beraksi bersama kelab yang bermain di saingan Champions League, serta Atletico dilihat sebagai pasukan paling sesuai ketika ini menurut ESPN.
“Dah banyak kali saya katakan sebelum ini, saya sendiri tidak tahu siapa yang membawa cerita mengenai Ronaldo sehingga riuh sebegini.
“Tetapi saya nak katakan sesuatu sahaja, secara praktikal adalah sesuatu yang mustahil untuk penyerang tersebut menyertai Atletico Madrid,” jelas Cerezo.
Jelas beliau, Atletico perlu membawa masuk sebanyak €40 juta pada bulan lalu daripada pemain yang sudah pergi untuk menandatangani pemain baharu di bawah had perbelanjaan skuad LaLiga.
First pre-season game win ✅
Saturday, next test in Oslo 🔥 pic.twitter.com/RqW80QMaNH— Atlético de Madrid (@atletienglish) July 27, 2022
Ketika ini, kewangan kelab tersebut dilihat telah meningkat dengan baik setelah Atletico menandatangani dua perjanjian bersama penaja baharu, termasuk hak penamaan Stadium Metropolitano kepada syarikat firma hartanah Civitas.
Kelab tersebut juga telah pun menandatangani pemain baharu untuk memperkuatkan barisan pemain iaitu tonggak tengah Belgium, Axel Witsel dan pertahanan kanan dari Udinese iaitu Nahuel Molina.
Kehadiran Ronaldo ke Atletico mungkin bakal dianggap sebagai suatu perpindahan yang penuh dengan kontroversi setelah pemain itu sebelum ini pernah bersama Real Madrid yang dianggap seteru mereka.
Bintang Portugal itu merupakan penjaring gol terbanyak sepanjang zaman buat Real Madrid dan membantu kelab tersebut meraih banyak gelaran juara termasuk memenangi empat kali Champions League serta dua kali kejuaraan LaLiga sebelum menyertai Juventus.
⏪ 𝘓𝘢𝘴𝘵 𝘵𝘪𝘮𝘦 𝘳𝘰𝘶𝘯𝘥… 🏆
Close-range finishes from @Cristiano and @AlvaroMorata securing Super Cup #️⃣9️⃣ 🎉#SupercoppaFrecciarossa pic.twitter.com/7VP3VSpU5D
— JuventusFC 🇬🇧🇺🇸 (@juventusfcen) January 12, 2022
Bersama Juventus, Ronaldo masih lagi dilihat berbisa untuk menjadi tonggak buat kelab tersebut dengan membantu mereka meraih kejuaraan Seri A sebanyak dua kali serta Supercoppa Italiana pada musim 2018 dan 2020.