Penyokong Indonesia Henti Ikut Laman Rasmi Lechia Gdansk Lepas Witan Sulaeman Sah Tamat Kontrak

Selepas tamatnya kontrak Witan Sulaeman bersama kelab yang berpangkalan di Poland iaitu Lechia Gdansk, dikhabarkan para penyokong pasukan tersebut yang berasal dari Indonesia juga bertindak untuk tidak mengikuti lagi di mana-mana akaun rasmi media sosial.

Menerusi laman Instagram kelab tersebut juga, rata-rata penyokong Indonesia juga membuat protes dengan memberi komen #unfollow kerana tidak berpuas hati mengenai penamatan kontrak Witan.

Sebelum itu, Witan sah ditamatkan kontrak lebih awal bersama Lechia Gdansk setelah pemain tersebut kembali daripada status pinjamam bersama FK Senica dari Slovakia menurut Bola.com.

Sehingga kini, komen-komen tersebut dilihat semakin berkurangan dan berkemungkinan besar dipadam oleh oleh kelab tersebut sendiri kerana berkemungkinan besar merasa terganggu.

Witan menyertai Lechia Gdansk pada tahun lalu setelah sebelum itu pemain tersebut beraksi bersama Radnik Surdulica dari Serbia.

Selain Witan, seorang lagi pemain turut ditamatkan kontrak lebih awal bersama kelab tersebut ialah pemain dari Poland iaitu Rafa Kobryn.

“Rafa Kobryn dan Witan Sulaeman telah pun menamatkan kontrak mereka bersama pasukan atas kesepakatan bersama.

“Kini, kedua pemain tersebut telah pun bebas untuk memeterai kontrak baharu bersama mana-mana pasukan,” jelas wakil kelab tersebut terkenal dengan gelaran ‘White Greens’.

Karier bola sepak Witan di Poland masih lagi dianggap belum matang sepenuhnya ketika ini dan penamatan kontrak beliau yang terlalu awal nyata membuatkan penyokong Indonesia tidak berpuas hati.

Sepanjang mengikat kontrak bersama kelab tersebut, Witan sekali pun tidak pernah diberi ruang untuk beraksi bersama barisan utama dan hanya bermain untuk pasukan kedua.

Malang buat Witan apabila ketika dipinjamkan bersama FK Senica, kelab tersebut telah mengalami masalah kewangan untuk membayar gaji buat pemain ini.

Bertambah buruk, sekembalinya Witan bersama kelab asalnya iaitu Lechia Gdansk, kontrak pemain ini turut ditamatkan atas persetujuan bersama untuk musim 2022/2023.

Namun penyokong Indonesia tetap mengambil perkara positif daripada situasi tersebut apabila merasakan Witan berjaya mendapat pengalaman berguna di Eropah apabila berhasil mendapat minit permainan ketika mewakili FK Senica.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN