Pemain yang dianggap sebagai jelmaan Lionel Messi versi Thailand, Chanathip Songkrasin akhirnya mempunyai peluang untuk beraksi dengan bintang terbaik sepanjang zaman itu dalam aksi perlawanan pra-musim.
Kelab Chanathip, Kawasaki Frontale bertemu dengan Paris Saint-Germain (PSG) dalam siri pra-musim dengan menyaksikan juara Perancis itu menewaskan pasukan Jepun tersebut.
PSG menang 2-1 hasil jaringan Messi dan Arnaud Kalimuendo sambil Kazuya Yamamura meledak untuk Frontale.
Namun begitu, tumpuan terarah kepada pertemuan antara Chanathip dan Messi apabila kedua-dua pemain ini berkongsi padang.
Dari perspektif Chanathip, beliau berasakan yang dirinya dengan Messi ibarat langit dengan bumi dari segi kebolehan sebagai pemain bola sepak.
“Beberapa kali dalam perlawanan, saya cuba mencuri bola [daripada Messi] tetapi saya tak berjaya,” kata Chanathip selepas perlawanan.
When the 🇹🇭 "Thai Messi" met the real Lionel Messi.@Changsuek_TH star @Chanathipjay has touched on what it was like to come up against the player he's been likened to – after @frontale_staff took on @PSG_English in a friendly yesterday! pic.twitter.com/FGZFAjqg85
— ESPN Asia (@ESPNAsia) July 21, 2022
Cubaan pemain kebangsaan Thailand itu untuk mendapatkan sesuatu apabila berdepan dengan ketua pasukan Argentina itu nyata tidak berhasil, tetapi ianya tidak menghalang Chanathip untuk terus berusaha.
Selepas menyedari yang perbezaan dari segi kualiti, Chanathip memilih untuk terus berusaha dan menjadi pemain yang lebih baik selepas ini.
“Baru saya sedar yang perbezaan antara kami dengan peringkat dunia. Saya kini lebih bermotivasi untuk bekerja keras dan mencapai tahap yang lebih tinggi,” ujar Chanathip lagi.
Chanathip menjadi antara pemain Asia Tenggara yang cukup berjaya apabila berjaya menembus saingan utama Jepun dan menyumbang kepada kejayaan pasukan yang disertainya.