Penyakit Misteri Datang Lagi Punca Endrick Diberi Cuti Oleh Penang?

Semalam Penang telah membuat satu pengumuman di Facebook rasmi mereka mengenai status pemain import tengah, Endrick dos Santos yang dikhabarkan telah diberi cuti oleh pihak pengurusan.

Selain itu, mereka juga membuat penafian mengenai dakwaan pemain dari Brazil itu tidak dapat beraksi pada perlawanan seterusnya atas sebab penggantungan yang dibuat oleh pasukan kepada Endrick.

Menurut laman tersebut, Endrick kini hanya diminta mengambil cuti rehat sehingga 31 Julai tanpa memberi alasan yang kukuh buat para peminat.

Ada juga desas desus daripada kalangan penyokong mengatakan Endrick diberi cuti rehat atas alasan tertentu selain kemungkinan juga penyakit misteri beliau kembali menyerang.

Adalah tidak logik buat Penang ketika ini memberikan tempoh cuti yang agak lama buat Endrick, tatkala pasukan tersebut masih lagi terkapai-kapai dari segi prestasi mereka dalam saingan Liga Super musim ini.

Untuk siri perlawanan akan datang, Endrick bakal terlepas empat aksi beliau bersama Penang termasuk saingan suku akhir Piala FA 2022 pada 23 Julai ini.

Ditambah dengan status beliau selaku pemain import buat Penang, adalah sesuatu yang merugikan buat kelab tersebut untuk memberi cuti dalam satu tempoh yang agak lama kepada Endrick.

Penyakit misteri kembali menyerang?

Endrick bukan pertama kali terpalit dengan kontroversi yang agak misteri dalam kalangan penyokong jika diimbas penglibatan beliau dalam saingan Liga Malaysia ini sejak 2018.

Pada tahun 2019, Endrick pernah mengalami penyakit misteri apabila beliau tidak dapat beraksi bersama Selangor ketika itu untuk suatu tempoh masa yang agak lama dan terlepas tujuh perlawanan tempatan.

Disebabkan kecederaan berpanjangan yang tidak diketahui asbabnya itu memaksa Selangor untuk mendaftarkan Ifedayo Olusegun pada jendela perpindahan kedua bagi menggantikan khidmat Endrick.

“Sebagai pemain, saya berasakan Dos Santos sendiri pun tidak pasti mengenai situasi kecederaannya.

“Buat masa ini, pasukan perubatan sedaya-upaya (berusaha untuk membantunya agar segera pulih), jadi kalau perkembangannya tidak memberangsangkan menjelang hujung bulan ini, maka kami akan menggugurkannya,” jelas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr. Johan Kamal Hamidon ketika itu mengenai situasi Endrick menerusi Stadium Astro.

Persoalannya, adakah penyakit lama Endrick sewaktu bersama Selangor dahulu kembali menyerang beliau pada tahun ini?

Jika diberi cuti kerana masalah prestasi, pengurusan Penang perlu menilai tempoh tersebut yang dilihat agak lama dan bakal merugikan pasukan buat kuota pemain import.

Untuk aksi getir malam esok dalam saingan liga untuk bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT), pastinya ia akan memberi masalah buat pengendali Penang iaitu Zainal Abidin Hassan untuk menentukan pengganti beliau.

Apapun, jika Endrick kembali diserang penyakit pada tahun 2019 lalu, semoga beliau kembali sembuh dan dapat kembali membantu Penang dalam perlawanan akan datang setelah tamat tempoh cuti diberikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN