Liga Super: Ini 4 Pemain Tumpuan Menjelang Aksi Kedah Menentang Sarawak United

Menjelang aksi malam ini membabitkan Kedah Darul Aman (KDA) menentang Sarawak United dalam saingan Liga Super 2022 di Stadium Darul Aman, pastinya ia menjanjikan suatu perlawanan yang dinantikan para penyokong terutama peminat setia Sang Kenari.

Apa tidaknya, KDA kali terakhir beraksi di laman sendiri ialah pada 17 Mei lalu sewaktu mereka terikat seri tanpa jaringan sewaktu bertemu Negeri Sembilan, dan pastinya aksi malam ini dirindui oleh penyokong KDA untuk melihat kelab kesayangan mereka.

Manakala Sarawak United pula, pastinya momentum kemenangan ingin diteruskan mereka setelah kejayaan melakar keputusan positif sewaktu menewaskan Melaka United pada 25 Jun lalu dalam saingan Liga Super.

Baik KDA atau Sarawak United, kedua pasukan ini sebenarnya tidak begitu konsisten dalam persaingan liga dan tanda tanya pastinya tercetus untuk mengetahui siapa bakal memenangi perlawanan tersebut malam ini.

Ini ada empat pemain tumpuan menjelang aksi malam ini yang dilihat bakal memberi impak dalam perlawanan buat pasukan diwakili masing-masing.

Mahmoud Al-Mardi

Pemain serangan yang baharu dibawa masuk KDA pada pertengahan musim ini berjaya memberi impak positif setelah tampil beraksi cemerlang dalam saingan Piala AFC baru-baru ini di Bali.

Kredit foto: Kedah Darul Aman FC

Pemain kebangsaan Jordan ini memiliki segalanya yang diinginkan KDA setelah Dennis Buschening terpaksa digugurkan kerana masalah kecederaan serta pemergian pemain pinjaman, Syafiq Ahmad bersama kelab asalnya Johor Darul Ta’zim.

Kualiti hantaran, skil individu, ketajaman di hadapan gol, serta pakar sepakan percuma ini dilihat mampu untuk memberi masalah buat pertahanan lawan jika Al-Mardi berada dalam prestasi terbaiknya.

Kamil Akmal

Pertahanan kanan muda ini mencipta nama beliau musim 2022 selaku pemain gantian ketika menentang Negeri Sembilan pada 17 Mei lalu dalam saingan Liga Super.

Beliau mula diberi peluang beraksi ketika dalam pusingan pertama Piala FA menentang Sains FC dan aksi Kamil cepat mendapat tempat dalam kalangan para penyokong.

Kredit foto: Kedah Darul Aman FC

Kelebihan pertahanan muda ini terarah pada keyakinan beliau mengawal bola, lasak, dan cepat memahami situasi atas padang untuk menjadi aset terbaharu pemain muda KDA musim 2022.

Ditambah dengan ketiadaan Rizal Ghazali yang berhijrah ke Sabah, serta aksi pemain baharu iaitu Amirul Azhan yang masih kurang diberi peluang beraksi, maka ini peluang Kamil untuk terus mencengkam posisi pertahanan kanan KDA.

Shamie Iszuan

Pemain sayap lincah ini bukan lagi nama asing buat penyokong Sarawak apabila sebelum itu beliau pernah beraksi bersama pasukan tersebut pada tahun 2015 hingga 2017.

Shamie yang pernah mewakili skuad kebangsaan bawah 22 (B-22) pada tahun 2017 boleh dianggap sebagai pemain paling konsisten setakat ini bersama pasukan di bahagian serangan.

Kredit foto: Sarawak United

Keupayaan beliau untuk mengkucar kacirkan pertahanan lawan bersama skil kawalan bola dan larian deras sering ditampilkan Shamie dalam mana-mana perlawanan ketika diturunkan.

Dijangka aksi malam ini Shamie sekali lagi bakal diberi tanggungjawab untuk merosakkan struktur pertahanan KDA dari bahagian sisi supaya dapat membuka peluang buat pemain lain meledak gol.

Francis Kone

Bekas penyerang kebangsaan Togo ini berjaya mencipta nama dalam saingan Liga Premier musim lalu bersama Negeri Sembilan sebelum diikat oleh Sarawak United.

Setakat ini Kone telah pun meledak empat gol buat Sarawak United dan kali terakhir beliau menyumbang dua jaringan sewaktu aksi menentang Melaka United.

Kredit foto: Sarawak United

Ketajaman pemain itu kini berada dalam momentum terbaik untuk diteruskan pada perlawanan malam ini menentang KDA.

Kelebihan Kone pastinya pada ketajaman beliau di hadapan gol serta agak lincah untuk dikawal pertahanan dalam petak penalti menerusi fizikal dan skil kawalan bola dimiliki pemain ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN