AFF B-19: Peluang Untuk Harimau Muda Edisi 2022 Cipta Sejarah Tersendiri

Piala AFF B-19

Malam ini, skuad B-19 Malaysia mempunyai peluang untuk mencipta sejarah dalam perlawanan akhir Piala AFF B-19 menentang Laos.

Selepas berjaya memenangi aksi separuh akhir menentang Vietnam dengan keputusan mengejutkan iaitu 3-0, skuad kendalian Hassan Sazali Waras ini berpotensi untuk membawa pulang piala ke Malaysia.

Hanya dalam satu perlawanan saja, Hassan dan anak-anak buahnya berjaya membuatkan seluruh negara daripada meragui kebolehan Harimau Muda kepada mahu memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Goyah kepada gagah

Keraguan itu timbul dalam kalangan penyokong selepas skuad B-19 negara mempamerkan aksi yang kurang menyakinkan sepanjang peringkat kumpulan.

Pada pandangan penyokong, skuad kendalian Hassan ini mempunyai kelemahan yang jelas terutamanya dari segi mutu kawalan bola, membuat keputusan dan taktikal itu sendiri.

Ianya jelas sekali merisaukan para penyokong terutamanya apabila Malaysia berjaya layak ke separuh akhir untuk bertemu Vietnam.

Jangkaan ketika itu menyaksikan yang Malaysia mungkin akan diberikan ‘kelas’ bola sepak oleh Vietnam.

Sebaliknya, Malaysia pula yang memberikan ‘kuliah’ bermain bola sepak kepada mereka!

Taktikal menyerap serangan lalu melancarkan serangan balas pantas dalam perlawanan menentang Vietnam berjaya memerangkap mereka dan itulah punca kenapa terhasilnya tiga jaringan di separuh akhir.

Ia semenangnya satu kejutan yang amat terkejut.

Juaralah Harimau Muda!

Kini hanya satu perlawanan saja lagi yang memisahkan Malaysia dari mendakap kejuaraan serantau di peringkat B-19.

Berdepan dengan Laos yang sudah ditemui di peringkat kumpulan, perlawanan akhir ini cukup signifikan untuk Malaysia.

Pertama, perlawanan ini adalah peluang terbaik negara untuk membalas dendam dengan segera atas apa yang berlaku dalam saingan kumpulan.

Ketika bertemu di peringkat kumpulan, Malaysia kalah 1-0. Kini, mereka ada peluang untuk memenanginya dan terus menjuarai kejohanan.

Kedua, ini adalah penampilan keempat Malaysia di perlawanan akhir Piala AFF B-19 secara berturut-turut.

Untuk rekod, Malaysia hanya menang sekali saja dalam tiga perlawanan akhir yang disertai mereka. Jadi, untuk mengimbangi rekod penampilan di empat perlawanan akhir, adalah wajar untuk Malaysia menjadi pemenang malam ini.

AFF B-19: Selaku Finalis 4 Edisi Berturut-Turut, Malaysia Masih Pilihan Utama Rangkul Kejuaraan

Jika Malaysia juara, ianya bakal terpahat satu lagi legenda buat skuad muda negara. Semoga kejayaan bakal menjadi milik kita.

Ayuh, Harimau Muda!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN