Pemain Tottenham ‘Muntah Hijau’ Selepas Jalani Sesi Latihan Berat Bersama Conte

Tular di media sosial gambar para pemain Tottenham Hotspur sedang terbaring kepenatan selepas menjalani sesi latihan di Korea Selatan.

Antonio Conte jelas sekali mahu memastikan anak-anak buahnya berada di tahap kecergasan terbaik mereka, dengan beliau melakukan rutin latihan yang dianggap sangat gila.

Pengurus Tottenham Hotspur itu sangat terkenal dengan ketegasan beliau dalam mengendalikan pasukan dan beliau turut mengamalkan kaedah latihan yang sungguh luar biasa dasyat.

Ketika sesi jelajah Korea Selatan, beliau telah menyuruh anak-anak buahnya menjalani latihan berat untuk memastikan stamina pemain terjaga.

Tidak dinafikan yang latihan tersebut tersangat memenatkan sehingga membuatkan para pemain muntah hijau selepas tamat sesi latihan tersebut.

Wakil media dari Football.London, Alasdair Gold membuat liputan ketika para pemain sedang menjalani sesi latihan di Seoul World Cup Stadium.

Beliau melihat sendiri bagaimana para pemain disuruh berlari keliling padang secara berulang-ulang selama dua jam tanpa henti.

Terdapat beberapa gambar yang menunjukkan bagaimana para pemain Tottenham Hotspur terbaring dan lemah lutut selepas tamat latihan tersebut.

Para pemain muntah hijau dan terus rebah selepas selesai menjalani latihan larian sambil tangan diletakkan di atas kepala.

Bahkan pemain berkelas dunia seperti Harry Kane dan Son Heung-min juga turut terbaring serta habis nafas selepas tamat sesi latihan tersebut.

Sekitar 6,000 penyokong bertuah yang dapat menonton sesi latihan tersebut secara langsung dan mereka juga dilihat terkejut melihat bagaimana kerasnya kaedah latihan yang diterapkan oleh Antonio Conte.

Para penyokong jelas sekali akan lebih menghargai usaha para pemain selepas melihat bagaimana sukarnya mereka untuk mendapatkan tahap kecergasan terbaik.

Tular di media sosial video Son Heung-min bergelut untuk berdiri selepas sesi latihan tersebut, dengan para peminat tak henti-henti bersorak menjerit namanya untuk memberi beliau semangat tambahan.

Jelas sekali Son merupakan pemain kebanggaan Korea Selatan memandangkan beliau juga antara pemain penyerang terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Conte dikatakan sangat berharap agar latihan berat itu akan mampu memberikan anak-anak buahnya tahap kecergasan terbaik dan akan mampu bersaing merebut sesuatu pada musim baharu nanti.

Tottenham Hotspur pada musim baharu nanti akan kembali beraksi dalam saingan Champions League selepas kejayaan mereka mengakhiri saingan liga di kedudukan keempat pada musim lalu.

Tottenham Hotspur juga merupakan antara pasukan paling sibuk pada jendela perpindahan musim panas ini dengan mereka berjaya melengkapkan perpindahan Richarlison, Yves Bissouma, Ivan Perisic, Fraser Forster dan Clement Lenglet.

Melihat kepada persiapan luar biasa rapi skuad Tottenham Hotspur pada musim ini, jelas sekali para penyokong akan sangat berharap agar mereka akan berjaya memenangi sesuatu pada musim baharu nanti.

Aksi pertama Tottenham Hotspur di Korea Selatan adalah bertemu kesebelasan terbaik K League yang mana mereka akan berdepan pemain-pemain terbaik yang beraksi dalam saingan liga utama negara tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN