Setiap musim, Premier League akan menganjurkan pertandingan Fantasy Premier League (FPL) untuk para pengikut liga tersebut.
FPL merupakan sebuah permainan yang dimana seseorang itu boleh mencipta skuad impiannya dengan memilih mana-mana sahaja pemain dari 20 kelab Premier League pilihan mereka.
Selepas skuad itu dibina, mereka akan bertarung dengan pengurus-pengurus lain menggunakan bantuan data statistik dari dunia sebenar untuk menentukan kedudukan masing-masing hingga akhir musim.
FPL jelas sekali merupakan platform permainan yang cukup popular dalam kalangan pengikut Premier League dan ianya berjaya mencipta engagement antara liga itu dengan penyokong bola sepak seluruh dunia.
Malaysia terulung di Asia
Populariti FPL ini cukup hebat dan ianya dapat dirasakan juga di Malaysia.
Di Malaysia, begitu ramai pengurus yang bermain FPL dengan pelbagai pertandingan FPL diadakah tidak kiralah ianya berskala kecil atau pun besar.
Kancah FPL di Malaysia ini cukup luas hinggakan pihak FPL sendiri mengakui yang Malaysia adalah sebahagian daripada negara yang paling ramai bermain permainan tersebut pada musim lepas.
Dalam sebuah ciapan yang dikeluarkan oleh FPL, mereka menunjukkan 100 buat negara paling ramai pengurus FPL pada musim lepas.
Menerusi ciapan itu, bendera Malaysia adalah yang keempat diletakkan dan ini memungkinan yang pengurus FPL keempat teramai di dunia adalah dari negara kita?
Top 100 countries with most #FPL managers last season
🏴🇪🇬🇳🇬🇲🇾🇺🇸🇮🇪🇰🇪🇿🇦🇮🇳🇩🇿🇳🇴🇮🇩🇦🇺🏴🇬🇭🇸🇪🇸🇦🏴🇮🇶🇵🇱🇲🇦🇹🇭🇨🇦🇬🇧🇺🇬🇷🇸🇳🇵🇸🇬🇦🇪🇰🇼🇸🇩🇧🇩🇿🇼🇩🇰🇭🇰🇹🇳🇫🇮🇮🇷🇹🇿🇳🇿🇳🇱🇭🇷🇱🇧🇩🇪🇧🇪🇬🇷🇿🇲🇲🇲🇧🇬🇯🇴🇵🇹🇪🇹🇹🇷🇧🇦🇲🇺🇳🇦🇸🇾🇮🇸🇧🇭🇭🇺🇶🇦🇫🇷🇨🇭🇵🇰🇲🇻🇪🇸🇻🇳🇯🇲🇱🇾🇮🇱🇨🇾🇹🇹🇨🇿🇧🇼🇴🇲🇸🇱🇨🇳🇲🇰🇷🇴🇮🇹🇸🇰🇧🇷🇧🇳🇦🇹🇵🇸🇯🇵🇸🇴🇲🇽🇰🇭🇰🇷🇲🇹🇸🇮🇺🇦🇨🇲🇲🇼🇧🇹🇬🇪🇰🇿🇦🇷🇨🇴
Where do you play from?
— Fantasy Premier League (@OfficialFPL) July 11, 2022
Jika tafsiran itu benar, maka Malaysia adalah negara Asia paling ramai pengurus FPL pada musim lepas mengatasi India, Iraq dan juga Thailand.
Malaysia cuma berapa di belakang England yang mencatatkan jumlah pengurus FPL paling ramai di dunia, sambil diikuti Mesir dan juga Nigeria.
Negara kita turut mengatasi negara-negara lain yang berpopulasi lebih besar seperti Amerika Syarikat, Australia dan juga Brazil.
Negara-negara seperti Singapura, Indonesia malah Brunei turut berada dalam senarai 100 negara paling ramai pengurus FPL musim lepas.