Mesut Ozil Tak Jadi Sertai Liga Indonesia, Bakal Beraksi Bersama Istanbul Basaksehir

Khidmat pemain tengah berpengaruh, Mesut Ozil bersama kelab dari Turki iaitu Fenerbahce secara rasminya sudah pun ditamatkan dan kini beliau telah berstatus bebas menurut Bola.com.

Kontrak pemain kelahiran Jerman ini ditamatkan setelah beliau tidak lagi beraksi bersama skuad utama sejak 20 Mac 2022 disebabkan masalah kecergasan.

Walaupun pada awal musim bersama kelab tersebut segalanya tampak baik, namun situasi menjadi lebih keruh apabila Ozil dilaporkan turut tidak sependapat bersama pengendali interim, Ismail Kartal.

Situasi juga dilihat agak rumit apabila Ozil dan Fenerbahce gagal menemui kesepakatan sebelum itu mengenai masa depan beliau dan penamatan kontrak ini dipersetujui bersama.

Jika dilihat pada kontrak lama Ozil, beliau sepatutnya bersama Fenerbahce sehingga tahun 2024, namun kelab menamatkan dengan lebih awal dan status pemain itu kini bebas untuk beraksi bersama mana-mana pasukan.

Untuk rekod, Ozil mula beraksi bersama Fenerbahce pada tahun 2021 setelah beliau menghadapi hubungan yang agak buruk bersama bekas pasukan, Arsenal selama dua musim terakhirnya di London.

Pada bulan Mei lalu, Ozil tiba di Indonesia dan mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penyokong mereka sama ada pemain tersebut bakal beraksi bersama kelab tempatan sana setelah mengetahui masalah dihadapi beliau bersama Fenerbahce.

Namun, tujuan Ozil hadir di Indonesia ketika itu bukanlah untuk membincangkan kontraknya bersama mana-mana pasukan tempatan, sebaliknya kerana perkara lain.

Antara kelab yang dikaitkan beliau ketika itu ialah Juara Liga Satu Indonesia musim lalu iaitu Bali United.

Menurut Ozil ketika ditanya pasukan mana yang beliau ingin mewakili sekiranya beraksi di Indonesia juga, pemain ini menyebut Bali United.

Selain itu, ada juga kelab lain di Indonesia yang dilihat turut berminat untuk membawa masuk khidmat Ozil bersama mereka iaitu RANS Nusantara FC.

Kelab tersebut yang dimiliki oleh selebriti popular Indonesia, Raffi Ahmad antara berminat untuk cuba mendapatkan khidmat Ozil.

Namun, tawaran harga yang dilihat agak mahal menyukarkan kelab tersebut untuk menandatangani khidmat pemain tersebut dan peluang untuk melihat Ozil beraksi dalam liga sana juga semakin tertutup.

Terbaharu, laman dailynewscover mendedahkan Ozil bakal menyertai satu lagi kelab dari Turki iaitu Istanbul Basaksehir yang menamatkan saingan Turkish Super Lig pada musim lalu di kedudukan keempat.

Beliau juga dikhabarkan bakal bergandingan di bahagian serangan bersama bekas pemain Tottenham Hotspurs dan West Bromwich Albion iaitu Nacer Chadli.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN