AFF B-19: Malaysia Layak Ke Separuh Akhir Selepas Tewaskan Timor Leste

Piala AFF B-19

Skuad B-19 Malaysia berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF B-19 selepas mengharungi ujian getir berdepan Timor Leste.

Kemenangan yang diperoleh dengan jaringan 4-3 itu jelas sekali mencabar buat skuad Hassan Sazali Waras yang terpaksa bermain dengan 10 orang.

Ketua pasukan, Aysar Hadi dibuang padang pada separuh masa kedua selepas mengutip dua kad kuning.

Malaysia bagaimana pun berjaya untuk mendahului di separuh masa pertama menerusi Najmudin Akmal pada minit ke-9.

Namun tidak lama kemudian, Timor Leste berjaya menyamakan kedudukan selang dua minit dari jaringan Najmudin menerusi Cristevao Fernandes.

Malaysia berjaya mengambil semula pendahuluan yang dilakukan mereka menerusi jaringan daripada Adam Farhan Faizal.

Memasuki separuh masa kedua, Malaysia berhasil untuk mendapatkan gol ketiga sekali gus membuatkan pendahuluan Harimau Muda semakin luas.

Jaringan daripada Aliff Izwan pada minit ke-53 memastikan Malaysia terus selesa dalam perlawanan ini dengan kedudukan 3-1.

Namun sekali lagi skuad Malaysia leka selepas menjaringkan gol apabila Mario Quintao pada minit ke-55 untuk memastikan Harimau Muda tidak senang duduk.

Adam berhasil mendapatkan gol keempat negara dan kedua peribadinya pada minit ke-62 untuk memastikan kelebihan dua gol Malaysia kembali dalam genggaman.

Akan tetapi disinilah kesukaran melanda apabila Aysar diperintah keluar padang dengan permainan memasuki 20 minit terakhir.

Timor Leste melancarkan serangan bertubi-tubi ke gawang Malaysia dengan hasilnya Quintao berjaya memperoleh jaringan pada minit ke-76.

Malaysia bertahan bermati-matian untuk memastikan tiga mata terus diperoleh dan mereka berjaya mengekalkan kelebihan sehingga wisel penamat.

Tiga mata yang diraih oleh skuad muda negara membolehkan Malaysia layak ke separuh akhir dibelakang Laos yang mendahului kumpulan B.

Kedua-dua Malaysia dan Laos tidak mampu lagi dikejar pasukan-pasukan seperti Kemboja dan Timor Leste walaupun kurang bermain satu perlawanan kerana perbezaan mata yang terlalu jauh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN