Lebih Laju Berbanding Man United, Ghana Ikat 5 Pemain Wakili Mereka Di Piala Dunia

Ghana

Musim panas ini, kebanyakkan pasukan sedang sibuk melakukan persiapan untuk musim baharu.

Rata-ratanya sedang sibuk untuk mencari pemain-pemain baharu untuk dibawa masuk bagi menguatkan lagi cabaran dalam saingan liga.

Kita dengar pelbagai cerita, pasukan itu nak pemain ini, bintang itu nak ke pasukan sana pula.

Semua kelab kini sibuk melakukan persiapan, tetapi ada sebuah pasukan kebangsaan yang kini begitu rajin merekrut pemain.

Pasukan tersebut adalah Ghana.

Lagi laju buat kerja daripada Man United

Ghana baru-baru ini telah menarik perhatian ramai pihak apabila mereka berjaya merekrut lima pemain untuk menyertai negara tersebut menjelang Piala Dunia 2022.

Dengan kejohanan tinggal empat bulan sahaja sebelum sepak mula, adalah perlu untuk Ghana mempersiap pasukan dan mencari pemain-pemain terbaik yang boleh mewakili mereka mengikut peraturan yang ditetapkan FIFA.

Baru-baru ini, mereka telah mengumumkan yang lima pemain telah menukar kewarganegaraan untuk menyertai Ghana.

Dan pemain-pemain ini semuanya adalah berprofil tinggi.

Pemain Athletic Club, Inaki Williams adalah bintang paling menarik perhatian apabila beliau memilih untuk wakili Ghana.

Williams yang terkenal dengan rekod tidak pernah terlepas sebarang perlawanan La Liga sejak 2016 sebelum ini boleh mewakili Sepanyol.

Namun selepas hanya bermain 30 minit dalam perlawanan persahabatan pada 2016 untuk La Roja, Williams memilih menukar pasukan apabila layak bermain atas faktor kedua ibu bapanya berasal dari Ghana.

Ianya pasti memberikan suntikan kekuatan untuk Ghana memandangkan Williams adalah pemain yang cukup berkualiti.

Selain Williams, Ghana juga berjaya mendapatkan pemain muda Brighton & Hove Albion iaitu Tariq Lamptey.

Beliau yang sebelum ini mewakili England turut memilih untuk bersama-sama Ghana dalam karier bola sepak antarabangsanya.

Selain daripada Williams dan juga Lamptey, Ghana juga berjaya mendapatkan Ransford-Yeboah Koningsdorffer (Hamburg SV), Stephen Ambrosius (Hamburg SV) dan Patric Pfeiffer (SV Damstadt).

Kesemua lima pemain ini telah direkrut selepas kesemuanya tidak mewakili negara pilihan asal mereka dalam mana-mana perlawanan kompetitif.

Apa yang dilakukan oleh Ghana ini menunjukkan yang mereka lebih aktif pada jendela perpindahan pemain musim panas ini berbanding Manchester United.

United yang sepatutnya sedang sibuk membina skuad dalam revolusi Erik ten Hag, masih terlalu perlahan dalam mendapatkan pemain.

Baru-baru ini, mereka hanya berjaya mendapatkan seorang pemain sahaja iaitu Tyrell Malacia dari Feyenoord.

Ghana akan beraksi di Piala Dunia 2022 dalam kumpulan H bersama-sama Portugal, Korea Selatan dan Uruguay.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN