Menjelang perlawanan pusingan kedua seterusnya membabitkan Selangor menentang Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pastinya menjanjikan sesuatu yang berbeza buat kedua penyokong.
Apa tidaknya, kedua pasukan tersebut bukan sahaja bakal bersaing untuk merebut tenpat ke peringkat suku akhir, malah perlawanan tersebut juga menjadi pertembungan derbi yang penuh sejarah buat para penyokong.
Klang Valley Derby ✅
Knockout Match ✅All the right ingredients for a classic showdown in the FA Cup this Friday, 9 PM at Stadium MBPJ! 😉🔥#KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/VJLHsue8dU
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) July 6, 2022
Menurut Bojan Hodak selaku pengendali KL City, beliau tidak mahu sebarang rekod lalu dijadikan ukuran buat aksi malam esok yang bakal berlangsung.
Walaupun mengetahui kelab dikendalikannya kini masih lagi belum mencatat sebarang keputusan tewas di tangan Selangor sejak beliau menjadi jurulatih KL City, Bojan masih mengatakan mereka belun lagi layak diangkat sebagai pasukan pilihan.
Menurut pengendali dari Croatia itu, sukar untuk meletakkan mana-mana pasukan sebagai pilihan, kerana setiap kali pertembungan berlaku, pastinya aksi permainan sengit bakal ditampilkan sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.
Paulo's double put us through to the next stage of #AFCCup2022 😍 Which goal is your favourite? #KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/akyPG180G6
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) July 1, 2022
“Sudah lima kali kami bertemu dari musim lalu dengan KL City menang dua daripadanya dan seri tiga kali.
“Walaupun pasukan saya belum pernah tewas kepada Selangor, semua perlawanan berlangsung sengit dan sesiapa sahaja boleh menang.
“Ditambah sentimen Lembah Klang ‘derby’, sudah pasti kedua-dua pasukan mahukan kemenangan bagi saingan Piala FA kerana kejohanan ini sangat berbeza dengan liga.
“Saya boleh katakan tekanan buat masa ini memihak kepada Selangor kerana dengan bajet lebih besar dan penyokong lebih ramai, sudah tentu mereka amat mengharapkan kemenangan,” katanya menerusi Arena Metro.
Untuk rekod pertemuan kedua pasukan ini, KL City berjaya mencatat kemenangan dalam dua aksi peringat suku akhir Piala Malaysia tahun lalu, selain terikat sebanyak tiga kali dengan keputusan seri sejak 2021.
Pertemuan terakhir mereka pada bulan Mac lalu juga menyaksikan kedua pasukan tersebut mencatat keputusan seri 3-3 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
Dalam masa sama, Bojan juga mengakui bakal menurunkan penyerang pinjaman baharu mereka iaitu Jordan Mintah pada pertemuan malam esok.
Untuk itu, Bojan berharap agar Mintah mampu membentuk kombinasi serangan yang bagus bersama Romel Morales, Paulo Josue, serta Zhafri Yahya untuk merobek gawang gol lawan dan mencipta keputusan positif.
Will we get to see him in our colours tomorrow? 😍
Let’s find out tomorrow night at 8 PM, Stadium MBPJ!
Tickets can be bought at https://t.co/4jUxUF5ASV #KLCityFC #KLPride #SampaiMatiKualaLumpur pic.twitter.com/my30EmWTid
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) July 7, 2022
“Saya boleh turunkan Mintah dalam perlawanan ini cuma dia masih perlukan masa untuk dapatkan persefahaman dengan pemain lain.
“Dia bakal mengambil tempat Kevin Koubemba dan diharapkan kehadirannya boleh membantu dalam aspek variasi serangan pasukan.
“Semua pemain berada di tahap terbaik kecuali pemain sayap, J Partiban yang mungkin terpaksa diketepikan kerana kecederaan,” katanya.