Terbukti Menjadi, Ini Formula Yang K. Devan Dedahkan Tentang Pemilihan 2 Import Baharu

Setelah mencatat beberapa keputusan hambar dalam saingan Liga Super 2022, akhirnya Negeri Sembilan kembali tampil melakar kemenangan untuk mewujudkan persaingan sengit di kedudukan tiga teratas.

Tampil dengan corak permainan menyakinkan, nyata skuad kendalian K. Devan kali ini lebih bersedia untuk menghadapi Sri Pahang dengan keputusan 3-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Menurut pengendali tersebut, beliau nyata amat gembira dengan prestasi semasa pasukan terutama sekali gandingan pemain import yang membantu kemenangan Negeri Sembilan semalam untuk meraih tiga mata berharga.

Jelas Devan, beliau berpuas hati dengan persefahaman yang dipamerkan oleh rangkaian serangan import mereka iaitu Yashir Armando Pinto Islame, Matheus Alves Leandro, dan Gustavo Almeida Dos Santos, apabila ketiga pemain tersebut berjaya menunjukkan ketajaman di hadapan gol lawan.

Beliau juga mendedahkan ketiga-tiga pemain import tersebut sebelum ini sudah terbiasa dengan corak permainan Liga Malaysia (Liga-M) dan tidak mengambil masa lama untuk memahami kehendak taktikal pasukan.

“Oleh sebab itu pilihan saya (adalah) untuk memilih pemain (import) yang sudah mengenali Liga Super dan corak permainan Liga Malaysia.

“Mungkin ada rakan sepasukan yang rapat dengan mereka dari pasukan yang pernah disertai bersama,” katanya kepada pemberita Bernama selepas perlawanan di sini malam tadi.

Untuk rekod pemain import Negeri Sembilan setakat ini, hanya Omid Nazari sahaja yang tidak pernah ada pengalaman beraksi dalam saingan Liga M.

Matheus Alves sebelum itu pernah mewakili Sri Pahang pada tahun 2017 dalam saingan Liga Super. Manakala Yashir Pinto pula kali terakhir beraksi di Malaysia ketika bersama PKNP tahun 2020.

Dua lagi import Negeri Sembilan yang sebelum ini beraksi dalam saingan Liga M ialah Gustavo Almedia yang pernah mewakili UiTM FC pada tahun 2020 serta pertahanan, Herold Goulon yang beraksi untuk Sri Pahang pada tahun lalu.

Nyata pendekatan yang diambil oleh Devan untuk memasukkan bekas import Liga-M sebelum ini kembali dalam pasukan dikendalikannya semakin menampakkan hasil.

Setakat ini, Negeri Sembilan hanya tewas sekali sahaja dalam saingan Liga Super dan kini berada di tangga kedua liga untuk berkongsi mata bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN