Pemain Negeri Sembilan Resah Dengan Keputusan Lalu, Enggan Dilabel Sebagai Pakar Seri

Juara Liga Premier musim lalu iaitu Negeri Sembilan seolah masih lagi belum dapat menyesuaikan diri dalam permainan ketika saingan liga kembali bersambung Sabtu lalu.

Berdepan Melaka United dalam pertembungan ‘Naning Derby’, skuad kendalian K. Devan gagal untuk mencipta kemenangan atau merekodkan jaringan di Stadium Hang Jebat biar pun beraksi dengan dua tonggak import baharu mereka.

Perkara ini nyata menjadi keresahan dalam kalangan penyokong Negeri Sembilan dan mereka menuntut agar pasukan mampu memberikan sesuatu lebih baik pada perlawanan seterusnya untuk mengutip tiga mata penuh.

Jelas Nasrullah Hanif Johan selaku penolong ketua pasukan, beliau sedar akan pentingnya untuk kembali mencipta kebangkitan pada perlawanan seterusnya dengan mencipta kemenangan agar kedudukan kelab diwakilinya mampu mengukuhkan kedudukan dalam carta liga.

Menurut beliau, empat keputusan seri dilakar setakat ini daripada sembilan perlawanan dihadapi bukan sesuatu yang positif dan jumlah kutipan mata tersebut bakal menjejaskan kedudukan mereka setakat ini dalam saingan Liga Super.

“Bukan sahaja penyokong merasa resah, malah kami sebagai pemain juga bimbang dengan keputusan perlawanan tempoh hari kerana pasukan perlukan kemenangan untuk memastikan kedudukan dalam carta liga lebih kukuh.

Kami juga tidak mahu dilabelkan sebagai pakar seri kerana ia bukan matlamat yang dimahukan, namun saya yakin dan percaya jentera serangan pasukan akan lebih berbisa pada perlawanan akan datang.

“Ada kemungkinan gandingan pemain import baharu, Yashir Pinto (pemain tengah) dan Gustavo Almeida (penyerang) memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan keserasian dalam pasukan,” katanya menerusi Arena Metro.

Dalam masa sama, Nasrullah juga menjelaskan rakan sepasukan lain kini sudah pun melupakan aksi lesu mereka ketika menentang Melaka United dan bermotivasi untuk perlawanan seterusnya.

Beliau juga menambah, keputusan perlawanan lalu dijadikan sebagai pengajaran buat semua agar Negeri Sembilan mampu kembali bangkit untuk mencatat kemenangan menentang Sri Pahang nanti.

Negeri Sembilan bakal melayan kunjungan Sri Pahang pada Sabtu ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bagi aksi Liga Super minggu 11.

Menurut Nasrullah lagi, para pemain kini juga dilihat memasang tekad untuk memberi persembahan terbaik dalam perlawanan sekali gus menyakinkan kembali para penyokong yang hadir dengan membawa pulang tiga mata penuh.

Untuk rekod, setakat ini Negeri Sembilan berada di kedudukan ketiga carta Liga Super dengan 16 mata diraih daripada sembilan perlawanan dihadapi mereka.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN