“Jika Darren Ada, Keputusan Mungkin Berubah” – Pengurus PJ City Akui Khidmat Penyerang Tersebut Amat Ditagih

Ketumpulan jentera serangan Petaling Jaya City (PJ City) amat dirasai pada perlawanan lalu ketika menentang Penang dalam aksi Liga Super 2022 di Stadium Bandaraya.

Keputusan seri 1-1 yang dicatat oleh kedua pasukan tersebut menyaksikan masing-masing gagal untuk membawa pulang tiga mata penuh untuk memperbaiki kedudukan carta liga.

PJ City yang turun tanpa kelibat penyerang utama mereka iaitu Darren Lok jelas sedikit tumpul ketika mereka dalam situasi menyerang dan membuat hantaran dalam kawasan gol lawan.

Menurut K. Rajendran selaku Pengurus PJ City, beliau mengakui pasukannya sedikit tumpul di hadapan gol dengan melepaskan banyak peluang terbuka biar pun mempamerkan aksi mantap sepanjang perlawanan untuk menafikan cabaran Penang.

Menurut Rajendran, ketiadaan Darren dalam pasukan pada perlawanan tersebut disebabkan penyerang itu telah mengutip tiga kad kuning berturut-turut untuk dan menyebabkan beliau mengalami penggantungan perlawanan.

“Jika Darren berada dalam pasukan, mungkin keputusan berubah, tapi secara keseluruhan sememangnya persembahan pasukan adalah baik apabila mereka dapat menguasai sebahagian besar perlawanan dan mencipta banyak peluang.

“Bagaimanapun keputusan seri itu boleh dianggap memadai kerana beraksi di gelanggang lawan, walaupun sasaran kita untuk mendapatkan kemenangan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro hari ini.

Pada perlawanan tersebut, PJ City terlepas peluang untuk membawa tiga mata walaupun terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi pemain serangan mereka, S. Kumaahran sebelum Casagrande menyamakan kedudukan buat Penang.

Kedudukan carta liga setakat ini menyaksikan PJ City berada di tangga kelapan liga dengan sembilan mata keseluruhan diraih mereka daripada lapan perlawanan dihadapi.

Sementara Penang terus dirundung malang musim ini apabila kekal di dasar liga dengan empat mata sahaja daripada sembilan perlawanan.

Dalam masa sama, Rajendran juga menegaskan pasukannya perlu menfokuskan usaha dalam latihan pada posisi serangan tanpa bergantung harap kepada individu.

Tambahan lagi, skuad kendalian P. Maniam ini bakal bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada minggu hadapan di Stadium Sultan Ibrahim sebagai satu cabaran getir buat mereka.

Ulas Rajendran lagi, untuk memastikan sasaran mereka tidak tersasar, PJ City perlu terus memperbaik kedudukan carta liga agar mereka terus kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN