Zainal Abidin Dedah Bakal Pelbagaikan Lagi Corak Permainan Penang Selepas Ini

Semalam merupakan tugas pertama Zainal Abidin Hassan selaku jurulatih Penang dalam mengendalikan pasukannya ketika menentang pelawat iaitu Petaling Jaya City (PJ City) dengan keputusan perlawanan masing-masing terikat seri 1-1 di Stadium Bandaraya.

Dalam perlawanan tersebut, jelas Penang masih lagi tercari-cari rentak permainan mereka bawah kendalian Zainal dan hampir dimalukan PJ City di laman sendiri yang tampil serba menyakinkan.

Menurut Zainal masih banyak lagi perkara perlu diperbaiki mengenai pasukan kendaliannya terutama sekali di posisi serangan yang dilihat agak tumpul.

Beliau juga menyatakan mengenai kedudukan penyerang utama Penang iaitu Anselmo Areuda da Silva (Casangrande) sebagai senjata sulit bukan lagi rahsia buat para pasukan lain.

Justeru, Zainal menjelaskan pasukannya bakal dilatih dengan kepelbagaian lagi dari segi sudut serangan tanpa hanya bergantung harap kepada Casagrande dalam usaha untuk memburu jaringan pada perlawanan seterusnya.

Keperluan itu dilihat sebagai sesuatu yang wajar supaya pasukan lawan selepas ini tidak dapat membaca dengan mudah taktikal serangan Penang ketika beraksi.

Tambah pengendali itu lagi, beliau akan membuat beberapa perubahan di bahagian serangan menerusi pemain-pemain yang ada ketika ini untuk terus menjadikan Penang kembali stabil dalam saingan liga musim ini.

“Memang tidak dinafikan Casagrande merupakan senjata sulit Penang FC dan sebelum ini juga sama. Itu perkara yang baik namun perlu perubahan taktikal.

“Apabila dia dikeluarkan pada babak kedua perlawanan, pemain kembali terumbang-ambing seperti separuh masa pertama,” katanya selepas aksi Liga Super menentang PJ City semalam menerusi Harian Metro.

Menerusi perlawanan semalam, Zainal jelas tidak berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan para pemain sewaktu berdepan lawan walaupun bermain di halaman sendiri.

Zainal juga mengakui pasukannya sehingga kini masih belum sepenuhnya diperbaiki di setiap sudut dengan gambaran jelas corak permainan ditampilkan Penang semalam agak negatif.

Dalam masa sama, pengendali berusi 61 tahun itu juga menganggap para pemain masih belum dapat menyesuaikan diri dengan baik pada awal 45 minit permainan dan kelemahan itu bakal menjadi keutamaan Zainal untuk mengubahnya menjelang perlawanan menentang Terengganu pada hari Rabu ini.

“Bagi saya ada dalam kalangan mereka masih di takuk lama. Separuh masa pertama, mereka masih lagi tidak dapat bermain dengan cemerlang dengan tekanan yang mahukan tiga mata.

“Saya boleh kata, masa pertama mereka masih terumbang-ambing walaupun tidak banyak asakan daripada PJ City ketika itu. Tetapi saya harus puji separuh masa kedua, bukan pada tahap permainan tapi usaha mereka untuk mendapatkan gol penyamaan,” katanya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan status kecederaan Casagrande semalam masih belum diketahui dan pemain dari Brazil itu masih lagi menjalani rawatan susulan hari ini.

Untuk rekod, Penang berjaya mempamerkan aksi cukup baik pada musim lalu untuk menamatkan saingan Liga Super di kedudukan tiga teratas belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman (KDA).

Namun, segalanya dilihat tidak menjadi pada musim ini apabila mereka masih gagal mencatat sebarang kemenangan dan hanya mengutip empat mata keseluruhan daripada sembilan perlawanan dihadapi untuk berada di dasar liga.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN