“Bukan Nak Kata Tukar Jurulatih” – Hamidin Mahu Rombakan Dibuat Untuk Skuad B-23

Setelah kejayaan skuad kebangsaan melayakkan diri ke Piala Asia 2023, rata-rata penyokong kini mula memasang impian baharu untuk kebangkitan Malaysia dalam sukan bola sepak antarabangsa.

Walaupun begitu, sesuatu yang agak merisaukan kini terarah kepada skuad pembangunan negara yang dilihat sedikit kritikal dalam beberapa bulan ini.

Skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) kini sedang mengalami kemerosotan dari segenap arah apabila pasukan kendalian Brad Maloney itu gagal untuk menterjemahkan sebarang kejayaan dalam beberapa kejohanan disertai.

Perkara tersebut bukan sahaja mendatangkan kerisauan buat para penyokong, malah turut membuatkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin terkesan untuk membuat rombakan kembali.

Menurut beliau, perubahan itu diperlukan ketika ini agar ia selari dengan hala tuju skuad kendalian Kim Pan-gon yang mempamerkan kualiti baharu dalam bola sepak negara.

Hamidin juga berkata rombakan tersebut bakal dibuat setelah beliau menerima laporan penuh mengenai prestasi skuad muda kebangsaan ini daripda para kejurulatihan yang terlibat.

“Kalau kita tidak boleh ubah ekosistem bola sepak secara keseluruhan, kita kena ubah daripada skuad B-23 dan saya ingin nyatakan akan ada perubahan untuk skuad B-23.

“Bukan nak kata tukar jurulatih, tetapi saya mahu menukar sesuatu supaya dapat mengikut pasukan kebangsaan.

“Bagi bola sepak antarabangsa, kita tidak boleh setakat ambil jurulatih dan buat sahaja.

“Untuk jadi lebih baik, kita kena berbelanja dan buat sesuatu mengenai barisan teknikal dan kejurulatihannya. Itu yang akan kita buat,” kata Hamidin menerusi Harian Metro.

Skuad B-23 negara mula mempamerkan aksi kurang menyakinkan ketika mereka menyertai kejohanan Piala AFF B-23 di Kemboja setelah terkandas di peringkat kumpulan selain tewas kepada Laos.

Walaupun ada kebangkitan dari segi corak permainan ditampilkan dalam saingan Sukan Sea lalu di Hanoi, skuad kendalian ini tetap gagal untuk meraih sebarang pingat selain hanya melepasi peringkat kumpulan.

Terbaharu, para pemain muda kebangsaan ini terus memberi gambaran negatif dalam bola sepak negara di Piala Asia B-23 apabila mereka gagal melepasi peringkat kumpulan dan hanya meledak satu gol daripada tiga perlawanan.

Jika dinilai dari segi pemain, pasukan ini mempunyai barisan yang agak menyakinkan seperti Luqman Hakim Shamsudin, Hadi Fayyadh, Nik Akif Syahiran, serta beberapa nama lagi untuk mencipta sesuatu positif.

Namun kesilapan taktikal dan corak permainan yang mudah diteka lawan menyebabkan pasukan negara gagal untuk memberikan impak dalam pelbagai kejohanan disertai mereka.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN