Kelayakan Piala Asia 2023: Hamidin Gesa Harimau Malaya Cepat Bangkit Untuk Atasi Bangladesh

Semalam, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengadakan satu perjumpaan ringkas bersama para pemain dan staf kejurulatihan Harimau Malaya untuk memberikan kata-kata semangat.

Pertemuan tersebut dibuat ketika skuad kebangsaan selesai menjalani sesi latihan di Wisma FAM, semalam bagi persediaan mengharungi perlawanan terakhir peringkat Kumpulan E bertemu Bangladesh dalam aksi kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Pasukan negara ketika ini dilihat berpeluang untuk menamatkan aksi kemarau mereka di saingan tertinggi itu setelah kali terakhir layak secara merit pada 1980 lalu jika mereka berjaya menewaskan Bangladesh dalam aksi terakhir tersebut.

Sebelum itu, Malaysia pernah melayakkan diri secara automatik dalam saingan Piala Asia pada tahun 2007 kerana menjadi pasukan tuan rumah bersama beberapa negara asean yang lain dan gagal memberi sebaranh impak positif sepanjang kejohanan berlangsung.

Menurut Hamidin, beliau menggesa agar para pemain kembali bangkit dan bermotivasi untuk mencari kemenangan ini setelah sebelum itu skuad kebangsaan mencatat kekalahan pertama mereka di peringkat kumpulan kepada pasukan Bahrain.

Beliau mahu setiap pemain memberi perhatian penuh untuk perlawanan malam esok dan tidak mengambil mudah akan cabaran Bangladesh yang pastinya turut tidak mahu mencatat kekalahan.

“Harimau Malaya memerlukan sokongan daripada rakyat Malaysia dan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob juga setia turun ke stadium malam esok untuk terus memberikan sokongan padu kepada pasukan kebangsaan.

“Lupakan aksi dengan Bahrain dan fokus menentang Bangladesh kerana saya kekal optimis peluang kita untuk layak ke Piala Asia masih lagi terbuka di mana tiada istilah buat Malaysia untuk menyerah awal.

“Jadi ayuh penuhi Stadium Nasional dan saya berharap gelanggang malam esok akan menjadi lautan hitam kuning kerana saya yakin elemen pasukan kebangsaan dan penyokong sentiasa menjadikan perbezaan tersendiri dalam aksi perlawanan nanti,” katanya menerusi Facebook FAM.

Untuk rekod, Malaysia tampil dengan aksi yang sangat menyakinkan sewaktu mengejutkan Turkmenistan dalam perlawanan pertama peringkat Kumpulan E dengan keputusan 3-1 hasil jaringan Safawi Rasid, Faisal Halim, dan Corbin Ong.

Namun momentum kemenangan tersebut disekat dalam aksi kedua setelah mereka mengalami kekalahan pertama dalam saingan tersebut kepada Bahrain dengan keputusan 1-2, walaupun mempamerkan aksi cukup garang dan terlebih dahulu meledak gol awal perlawanan menerusi Mohamadou Sumareh.

Jangkaan perlawanan malam ini sekali lagi bakal dibanjiri oleh para penyokong Harimau Malaya kerana setakat ini jualan tiket masih lagi berlangsung dengan 36,050 sudah pun dijual.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN