Malam ini merupakan aksi penentu kepada skuad kebangsaan sama ada mereka layak atau tidak ke saingan Piala Asia tahun hadapan apabila bakal membuat perhitungan terakhir menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Dalam aksi peringkat Kumpulan E bagi kelayakan Piala Asia 2023 itu, Malaysia telah berjaya mengumpul tiga mata setakat ini daripada dua perlawanan dengan merekodkan satu menang ke atas Turkmenistan dan sekali tewas di tangan Bahrain.
Hari Perlawanan 3 Kelayakan Piala Asia 2023 | Selasa, 14 Jun 2022
⚽ BAHRAIN 🇧🇭 🆚️ 🇹🇲 TURKMENISTAN
⚽️ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇧🇩 BANGLADESH🏟 Std. Nasional, Bukit Jalil
📺 @ASTROARENA @tv9malaysia▶️ Tiket masih boleh dibeli di https://t.co/yPVcBB3eyw#FAM #HarimauMalaya #ACQ2023 pic.twitter.com/ux7rmdtHxG
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 14, 2022
Daripada dua perlawanan tersebut, Malaysia telah meledak empat gol keseluruhan dan ini membuktikan falsafah pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon yang menginginkan corak permainan menyerang dalam pasukannya semakin memberansangkan.
Ini ada tiga pemain serangan yang dijangka bakal digunakan oleh Pan-gon dalam misi mencipta kemenangan mengatasi Bangladesh malam ini.
Faisal Halim
Pemain terbaik pada perlawanan pertama menentang Turkmenistan ini direhatkan oleh Pan-gon pada aksi lalu menentang Bahrain.
Faisal merupakan seorang pemain yang gemar membuat gelecekan terhadap pertahanan lawan selain bijak mencuri peluang melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti.
Malaysian player Faisal Halim does Cristiano Ronaldo’s SIUUUUU celebration after scoring against Turkmenistan. pic.twitter.com/ad5maWcfkV
— The CR7 Timeline. (@TimelineCR7) June 8, 2022
Kelebihan Faisal ini pastinya menjadi taruhan penting untuk pengendali skuad kebangsaan menggunakan beliau selaku salah satu penggempur Harimau Malaya dari sebelah kiri.
Darren Lok
Dua perlawanan menyaksikan Darren sangat konsisten dan sentiasa memberikan yang terbaik di bahagian serangan negara.
Pemain yang tidak tahu erti penat ini sering mencuri tumpuan para penyokong kerana kebolehannya untuk membuat tekanan kepada pertahanan lawan serta bijak mencari ruang untuk melepaskan rembatan ke arah gol.
Feels so good to be back! Always a product moment to represent Malaysia 🇲🇾🐯 pic.twitter.com/EkiGlhxXJB
— Darren Lok (@DarrenLok) June 2, 2022
Walaupun masih belum mencatat nama selaku penjaring gol, impak Darren amat besar dalam serangan skuad negara untuk membuka ruang buat pemain lain menghasilkan jaringan.
Arif Aiman Hanapi
Khidmat pemain muda ini amat diperlukan setelah Arif berjaya memberi impak besar dalam perlawanan pertama menentang Turkmenistan.
Walaupun tidak banyak dapat dibuat beliau sewaktu menjadi pemain gantian dalam aksi kedua menentang Bahrain lalu, Arif berkemungkinan besar bakal menjadi pilihan utama Pan-gon dalam misi mencetak gol untuk mengetepikan cabaran Bangladesh.
A unique Malaysian talent that managed to capture our scouting team's eyes, after a stellar campaign in the Asian Champions League Group Stages.
A young winger from Malaysia who is a very good provider that can feed the balls on the plate for strikers.#wearescouting #talentid pic.twitter.com/3ErCK6ZQtV
— We Are Scouting (@we_are_scouting) June 3, 2022
Kualiti gelecekan serta kreativiti Aiman di dalam petak penalti saat ini sukar digugat mana-mana pemain yang beraksi sama posisi dengan dirinya di sayap kanan dan kelebihan itu bakal dilihat sekali lagi pada malam ini di SNBJ.
Kesimpulan
Kelibat pemain lain seperti Syafiq Ahmad, Akhyar Rashid dan Sumareh juga berada dalam prestasi terbaik mereka dan kemungkinan besar untuk turut beraksi dalam senarai kesebelasan utama malam ini.
Pemain versatil seperti Safawi Rasid juga antara menjadi perhatian kerana kebolehan beliau dalam melepaskan rembatan deras dari luar kotak penalti serta kekuatan fizikal beliau masih bagus untuk berdepan mana-mana lawan.
Semoga skuad kebangsaan berhasil mencatat kemenangan besar malam ini sekali gus membuka peluang cerah untuk melayakkan diri ke Piala Asia 2023 secara merit.