Sedar tak sedar, perjalanan untuk saingan Liga Super musim 2023 ini sudah pun menghampiri pertengahannya dengan kini jendela perpindahan kedua telah dibuka untuk mana-mana pasukan membawa masuk tenaga pemain baharu dalam pasukan.
Ditambah dengan perjalanan liga berhenti seketika untuk memberi laluan buat skuad kebangsaan beraksi di pentas antarabangsa, nyata ia memberi peluang buat pengurusan setiap kelab kembali mengkaji kelemahan dan kekuatan masing-masing.
📝 Tempoh pendaftaran kedua Liga Malaysia 2022 kini dibuka!
Tempoh dibuka bermula hari ini (28 Mei) hingga 24 Jun 2022. ⏳#LigaMalaysia2022 pic.twitter.com/EWBSi3CCNn
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 28, 2022
Sepanjang saingan liga berlangsung, kita disajikan dengan pelbagai aksi menarik daripada para pemain setiap kelab terutama sebahagian import yang amat menyerlah di posisi masing-masing.
Ini ada lima pemain import yang dianggap sangat menyerlah bersama pasukan masing-masing dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M)
Fernando Forestieri
Bekas penyerang Udinese ini boleh dianggap sebagai salah satu import paling berbaloi pada awal musim ini apabila beliau cepat menyesuaikan diri dengan suasana liga tempatan dan memahami corak permainan diingini pasukan.
Tampil sebagai salah seorang import termahal musim ini bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), nyata Forestieri mempamerkan karakter sangat positif sepanjang waktu beliau diturunkan.
😏 Fernando Forestieri made it look easy!#ACL2022 | #UHDvJDT | @OfficialJohor pic.twitter.com/RCqogBZWmc
— #ACL (@TheAFCCL) April 18, 2022
Pemain tersebut juga menjadi tonggak utama untuk membantu kelabnya melepasi pusingan peringkat kumpulan dalam kejohanan ACL musim ini.
Herold Goulon
Pemain pertahanan Negeri Sembilan ini tidak perlu diperkenalkan lebih mendalam lagi kerana beliau sebelum itu pernah menyarung jersi Sri Pahang untuk beberapa musim sebelum menyertai juara Liga Premier 2021 itu.
Bersama Negeri Sembilan, tampil Goulon selaku penjaring terbanyak buat kelab tersebut disamping menjadi salah satu asbab punca mengapa skuad kendalian K. Devan itu kebal di benteng pertahanan.
64' GOL | Herold Goulon menyamakan kedudukan dengan gol kelima peribadinya musim ini!@sufc_rasmi 1-1 @nsfc1923 #LigaSuper2022 pic.twitter.com/ye7KnAy1tG
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 6, 2022
Kombinasi permainannya bersama Khuzaimi Piee nyata banyak menghampakan serangan lawan daripada melepasi zon pertahanan Negeri Sembilan.
Ronald Ngah Wanjah
Kedah Darul Aman musim ini dilihat membuat rombakan sepenuhnya di bahagian serangan apabila menandatangani dua penyerang import untuk memperkukuhkan posisi tersebut.
7 GOL MILIK NGAH WANJA
Hattrik di perlawanan lepas meletakkan Ronald Ngah Wanja sebaris dengan penyerang berbisa lain dalam Liga Malaysia.
Semoga prestasi pasukan bangkit kembali dan terus konsisten mengutip mata.
Keep it up Ngah Wanja! pic.twitter.com/Pso6vvvnvp
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) May 12, 2022
Ngah Wanjah yang sebelum itu hadir selaku bekas penjaring terbanyak di Jordan Premier League bersama Al-Salt SC nyata menjadi antara pembelian terbaloi kelab tersebut musim ini.
Tampil dengan fizikal yang besar serta kualiti penyudah yang tajam, kelibat Ngah Wanjah sering menjadi perhatian para penyokong Sang Kenari sepanjang aksi beliau diturunkan.
Taiki Kagayama
Pemain yang berasal dari Jepun ini mula menyertai Sabah pada awal musim setelah sebelum itu beraksi bersama Inter Turku dalam saingan Veikkausliiga di Finland.
Kelibat beliau di atas padang boleh dianggap sangat berbahaya buat pasukan lawan kerana kelicikan pemain ini mengawal bola dar kawasan tengah serta berkebolehan tinggi melepaskan sepakan deras dari jarak jauh.
42' GOL | Taiki Kagayama memecahkan kebuntuan di Stadium Likas!@SabahFCofficial 1-0 Kelantan United FC#PialaFA2022 pic.twitter.com/sGb7m8HdNA
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 13, 2022
Kagayama juga menjadi pemain penting dalam sistem kejurulatihan Datuk untuk menjana serangan dalam pasukan kerana mobiliti tinggi yang ada pada pemain tersebut.
Manuel Hidalgo
Perancang utama buat Sri Pahang ini mula menyertai kelab tersebut pada pertengahan musim lalu untuk terus meninggalkan impak positif dalam permainan dek kerana kualiti permainnya bermutu tinggi.
Dalam apa jua siri serangan dilancarkan oleh Sri Pahang, maka Hidalgo akan menjadi kunci utama untuk menggerakkannya menerusi kualiti hantaran dan kelicikan pemain ini untuk melepasi sekatan lawan.
Lihat siapa yang kembali!
Kami berbesar hati mengumumkan Manuel Hidalgo telah menandatangani kontrak baru untuk kekal bersama Sri Pahang FC! pic.twitter.com/kILCQ4xBVp
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) January 29, 2022
Kebolehan Hidalgo ini sering menyukarkan mana-mana pasukan lawan kerana beliau mempunyai daya stamina tinggi, visi yang bagus, serta kreatif bersama Azam Azih.
Kesimpulan
Tidak semua pemain import yang beraksi dalam saingan Liga M dianggap bagus. Ada juga pasukan kini sudah pun mula sibuk untuk menggantikan pemain baharu setelah kesilapan dibuat pada awal musim.
Dalam hal ini, pasukan pemantau bagi setiap kelab perlu memainkan peranan selain kelibat jurulatih itu sendiri melihat kesesuaian pemain import tersebut dalam taktikal yang ingin direncana.
Apapun, semoga setiap pasukan yang kini giat menandatangani import baharu agar tidak terlalu boros dan mengkaji dengan lebih terperinci terlebih dahulu.