“Beri Peluang Tingkatkan Tahap Permainan” – Kelantan Pinjamkan Natanael Siringoringo Ke Liga 1 Indonesia

Kelantan kini semakin melebarkan sayap dalam arena bola sepak tempatan apabila terbaharu mereka bekerjasama dengan pasukan dari Liga 1 Indonesia iaitu Dewa United menerusi peminjaman pemain.

Pemain dimaksudkan adalah tonggak import mereka iaitu Natanael Siringoringo yang berasal dari Indonesia dengan tujuan untuk meningkatkan lagi kualiti permainan beliau selain mengambil pengalaman berguna sebelum kembali bersama Kelantan.

Pasukan yang bakal diwakili Natanael iaitu Dewa United kini beraksi dalam saingan tertinggi di Indonesia iaitu Liga 1 dan berpangkalan di Tangerang, Banten.

Menurut pemilik Kelantan iaitu Norizam Tukiman, beliau menyatakan Dewa United berminat untuk mendapatkan khidmat Natanael dalam usaha untuk memantapkan kualiti serangan bagi menghadapi saingan liga pusingan pertama.

“Pertemuan di antara pengurusan tertinggi kedua-dua kelab pada bulan lepas di Bali telah membincangkan hala tuju pemain ini untuk mendapatkan pengalaman berharga bermain di tahap tertinggi Liga Indonesia.

“Pinjaman pemain ini hanya sementara bagi memberi peluang kepada Natanael meningkatkan tahap permainan di negara asalnya sebelum kembali bersama Kelantan FC musim depan,” katanya menerusi kenyataan Bernama.

Natanael Siringoringo merupakan pemain import yang beraksi di bahagian sayap Kelantan sejak tahun lalu serta berkebolehan beraksi selaku pemain tengah menyerang.

Kebolehan pemain ini dalam membuat larian deras serta skil gelecekan yang baik, menjadikan Natanael selaku salah satu aset penting dalam jangka masa panjang buat Kelantan.

Beliau juga berjaya menembusi skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) Indonesia pada tahun lalu dan dijangka bakal menjadi antara bintang masa depan negara tersebut sekiranya terus mempamerkan aksi mantap.

Selain Natanael, Kelantan juga pada musim ini telah menandatangani tiga lagi pemain import iaitu Fadel Antar (Lubnan), Kerverns Belfordt (Haiti), dan Nixon Guylherme (Brazil).

Tambah Norizam, Natanael ketika ini masih lagi mempunyai kontrak bersama Kelantan sehingga penghujung musim 2024 dan bakal kembali bersama kelab tersebut pada hujung tahun 2023.

“Pihak pengurusan kelab Dewa United FC juga telah bersetuju untuk membuat bayaran pampasan ‘transfer loan fee’ yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak,” katanya.

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN