Worrawoot Ada Beberapa Pelan Taktikal Di Tangannya Yang Sedia Diaktifkan Bila-Bila Masa

Worrawoot Srimaka Thailand B-23 taktikal

Pengendali Thailand, Worrawoot Srimaka menunjukkan yang beliau memiliki beberapa pelan taktikal di saingan Piala Asia B-23 2022 apabila mampu mengubah rentak pasukannya untuk mengikat Vietnam tempohari.

Thailand dan Vietnam telah terikat dengan keputusan 2-2 dalam aksi pertama Kumpulan C pada Khamis lalu.

Sebelum ini, beliau dikatakan telah berjaya mengumpulkan barisan terbaik untuk saingan Piala Asia kali ini.

Ini kerana skuad ini adalah berbeza daripada skuad yang bermain di pusingan kelayakan dan Sukan SEA.

Berdepan lawan yang sama ketika di pentas final Sukan SEA 2021, Vietnam, Thailand tentu tidak mahu sekali lagi ditewaskan mereka. Kedua-dua pasukan membawa skuad yang berbeza daripada skuad Sukan SEA.

Begitupun, Gajah Perang dibolosi seawal minit pertama apabila Phan Tuan Tai meledak jaringan pembukaan.

Melihat tiada sebarang perubahan mampu dijelmakan skuadnya, Worrawoot menukar pelan taktikalnya di minit ke-28 apabila membawa masuk pemain yang berpangkalan di England, Ben Davis untuk Wanchat Choosong dan hanya enam minit diperlukan oleh pemain berusia 21 tahun itu untuk mencetak jaringan penyamaan.

Minit ke-73, Nguyen Van Tung meletak Vietnam kembali di depan sebelum Suphanat Muenta meledak gol penyamaan di penghujung aksi yang menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa pulang dengan satu mata.

“Saya harus berterima kasih kepada pemain-pemain saya. Ini kerana mereka berjaya mendapatkan satu mata. Tetapi, kredit juga buat Vietnam yang bermain dengan sangat baik. Ia perlawanan yang sukar.”

“Kami melepaskan gol di awal minit pertama dan saya terpaksa menukar gaya permainan dan membuat pertukaran taktikal. Jika tidak kerana gol itu, kami mungkin akan kekal dengan taktik yang sedia ada.”

Worrawoot Srimaka, Bangkok Post

Tambahnya lagi, kemasukkan Ben Davis adalah untuk mendapatkan semula penguasaan permainan yang hilang. Perancangan asalnya adalah untuk memasukkan Davis sebagai ‘super-sub’ di babak kedua.

Ini menunjukkan Worrawoot memiliki beberapa perancangan taktikal untuk diketengahkan dalam situasi-situasi tertentu dalam perlawanan. Beliau boleh mengubah gaya permainan dan taktikal skuadnya bila-bila masa.

Ia mungkin berbeza dengan skuad yang telah beraksi di pusingan kelayakan Piala Asia B-23 dan Sukan SEA sebelum ini. Malaysia perlu lebih berhati-hati kerana rentak permainan Malaysia mudah dibaca dan tentunya pengendali itu memiliki perancangan teliti untuk mengecewakan Malaysia selepas dikecewakan di Sukan SEA.

Mereka tewas 1-2 di Sukan SEA 2021 di peringkat kumpulan dan terikat tanpa jaringan dengan Malaysia di pusingan kelayakan sebelum itu. Adakah Malaysia mampu mengekalkan rekod positif berdepan Thailand?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN