‘Bertenang Malaysia’ – Mungkin Ulangan Skrip Edisi 2018 Boleh Berlaku

Bertenang Malaysia skuad edisi 2018 B-23 buktikan

Penyokong Malaysia harus bertenang dan terus memberikan sokongan kepada skuad B-23 yang sedang berjuang di Uzbekistan saat ini. Peluang mereka belum pun tertutup apabila tewas dalam aksi pertama.

Selepas dibenam 1-4 Korea Selatan dalam aksi pertama Piala Asia B-23, skuad negara dihujani lontaran amarah daripada para penyokong sehingga mereka terlupa kisah skuad edisi 2018 yang muncul lapan terbaik Asia.

Lewat malam tadi, skuad yang dibimbing Brad Maloney hampir mengikat Korea Selatan sebelum kelalaian di hujung perlawanan disebabkan terlampau memburu jaringan penyamaan, memakan diri – dibolosi dua gol.

Diharapkan para penyokong Malaysia bertenang. Jangan terlalu diikutkan amarah yang membakar dalam diri.

Apa yang membezakan Harimau Muda dan Taeguk Warriors adalah kualiti permainan dan sentuhan penyudah.

Piala Asia B-23: Juara Bertahan, Korea Selatan Cetak 4 Gol Untuk Atasi Malaysia

Skuad kebangsaan beberapa kali diselamatkan oleh kekentalan pertahanan terutamanya oleh Harith Haiqal yang dua kali menghalang asakan berbahaya Taeguk Warriors, yang jika dilepaskan mengundang padah.

Minit ke-31, keputusan penjaga gol, Rahadizali Rahalim untuk keluar meninggalkan posisinya ketika sepakan penjuru memberikan kesan buruk apabila beliau gagal menyambar bola itu dan ia sampai kepada kapten, Lee Sang-min yang berjaya menanduk kemas untuk memberikan Korea Selatan gol pendahuluan perlawanan.

Malaysia membuat beberapa percubaan sepanjang babak pertama menerusi kapten, Mukhairi Ajmal, namun dikecewakan dengan sentuhan tersasar. Tiada langsung percubaannya menggugat Goh Dong-min di gawang.

Pemain sayap, Kim Tae-hwan kemudian menambah jurang gol menerusi satu rembatan rendah yang padu menewaskan Rahadiazli. Ia bermula daripada sepakan penjuru yang kurang kemas dikeluarkan di minit ke-48.

Skuad negara mula menekan Korea Selatan menuju 10 minit terakhir perlawanan, tetapi beberapa hantaran kurang kemas menyebabkan mereka gagal untuk mendapatkan sesuatu daripada kelonggaran permainan lawan. Percaturan Maloney membuahkan hasil di minit ke-83 apabila Mukhairi berhasil meledak gol pertama.

Disebalik keberhasilan taktik menekan lawan dan jaringan pertama, Malaysia kembali dikejutkan dengan gol ketiga lawan menerusi Cho Young-wook yang menerima hantaran lolos Oh Se-hun di minit ke-88. Cho sekali lagi menjadi pemusnah kekentalan benteng skuad negara apabila berhasil mencetak gol ke-4 di minit ke-90.

Jika dilihat semula kejayaan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee di edisi 2018, Malaysia juga tewas 1-4 kepada Iraq dalam aksi pertama kumpulan. Nanti ada pula yang kata, kenapa dikenang perkara yang lepas?

Ia wajar dikenang kerana ia adalah kejayaan skuad negara. Kenangan itu memberi harapan yang sebenarnya peluang untuk melepasi saingan peringkat kumpulan belum pun tertutup kerana masih berbaki dua aksi.

Tambahan pula, satu lagi aksi kumpulan iaitu Vietnam dan Thailand berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.

Ia seolah-olah ulangan episod skuad 2018 di mana satu lagi aksi antara Arab Saudi dan Jordan juga terikat 2-2.

Peluang untuk mara tidak tertutup lagi. Keputusan positif wajar diraih ketika berdepan Thailand pada 5 Jun dan kemudian Vietnam pada 8 Jun. Kedua-duanya adalah lawan serantau yang mungkin tiada masalah untuk kita dapatkan sesuatu. Malah, mereka berada dalam fasa pertukaran jurulatih dan taktikal. Jadi, bertenang Malaysia!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN