Selepas lima tahun sejak kali terakhir membuat penampilan bersama Harimau Malaya, penyerang PJ City FC, Darren Lok akhirnya kembali menyarung jersi skuad kebangsaan untuk kaps ke-9, tetapi tiada gol terhasil.
Beliau hampir meledak gol dalam beberapa situasi, namun masalah kombinasinya bersama rakan sepasukan mengganggu sentuhannya. Namun, jelas beliau lebih berkualiti jika dibandingkan dengan Guilherme de Paula.
Jelas jurang perbezaan antara kedua-duanya ketika diturunkan. Di saat De Paula dirasakan semakin terdesak untuk memikat pengendali, Kim Pan-gon dan penyokong, kelibatnya di padang mempamerkan sebaliknya.
Willingness to run. It’s such an underrated trait in football. Of course, you’ve got to know where to run, but Darren Lok’s willingness alone has got him into good positions tonight.
Just hasn’t been lucky with the last touches/finishes so far. But he has been so, so refreshing
— Keesh (@keeshmatstats) June 1, 2022
The word CHAOS best describes Darren Lok. You be tight on him, you pull him, you push him, but he just wiggles his way out of it.
And he will never let you rest easy with the ball. He comes at you like a typhoon. Tonight, he bloody get a goal. I am praying to the football gods!
— T. Avineshwaran (@avineshW90) June 1, 2022
Sementara Darren pula terus membawa prestasinya bersama PJ City ke skuad kebangsaan walaupun gagal menemui jaring gol. Tetapi, pergerakannya tampak berkeyakinan dan hanya menanti masa yang sesuai.
Beliau adalah penjaring tempatan terbanyak ketika ini, melakar lima gol dalam tujuh penampilan. Selepas meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2020 bagi memburu prestasi dan minit permainan, kini beliau boleh berbangga apabila dapat kembali ke dalam persediaan skuad kebangsaan selepas dua tahun.
Di JDT, beliau kurang mendapat tempat dengan hanya diturunkan di Liga Premier bersama JDT II. Berhijrah ke Terengganu FC pada musim 2020, beliau terus gagal menempatkan dirinya dan percaturannya memilih ke The Phoenix tampak membuahkan hasil apabila pasukan tersebut menggunakan sepenuhnya tenaga tempatan.
Darren Lok: JDT Tinggal Sejarah, Kini Saya Teruja Untuk Bermula Semula
Beberapa siri kecederaan mengganggunya untuk kembali ke skuad kebangsaan, tetapi kali ini, ia telah berjaya direalisasikan. Jelas, beliau tampak lega dapat kembali dan diturunkan untuk aksi pertama selepas lima tahun.
Ditemui Semuanya BOLA selepas perlawanan, penyerang warisan skuad negara itu berkata yang Malaysia bermain dengan baik dan langsung tidak memberi Hong Kong ruang untuk bermain permainan mereka.
“Tentunya, ia mengujakan untuk kembali. Akhirnya!”
“Sangat bangga dapat bermain untuk Malaysia semula. Ya, ia satu persembahan yang baik daripada pasukan. Saya rasa kita tidak beri Hong Kong peluang untuk bermain. Kami ikut segala arahan jurulatih.”
“Untuk persembahan sendiri, ia ‘okay’. Tetapi, saya sebenarnya boleh meledak beberapa gol dalam perlawanan tadi. Itulah bola sepak. ‘Next game’ [ledak gol].”
Bersama Harimau Malaya, beliau telah meledak satu gol iaitu pada Ogos 2017 ketika tumpas 1-2 kepada Syria. Itu juga merupakan tahun terakhir beliau bersama skuad kebangsaan. Dan selepas kembali kini dengan prestasi memuncak di saingan liga tempatan, Darren Lok tentunya tidak sabar untuk membuka ‘akaun’ golnya semula.