Brad Maloney Percaya Barisan Pemain Yang Sama Mampu Hasilkan Keputusan Berbeza Di Piala Asia

Brad Maloney pemain sama Sukan SEA Piala Asia B-23

Berdasarkan senarai 23 pemain Malaysia ke Piala Asia B-23 yang bakal bermula pada awal Jun depan, nampak seperti pengendalinya, Brad Maloney percaya yang keputusan berbeza mampu dilakar oleh pemain yang sama.

Maloney tidak membuat perubahan pemain yang beraksi di Sukan SEA 2021 yang menyaksikan Malaysia telah pulang dengan tangan kosong biarpun cemerlang mara ke semifinal – hampir mengulangi pencapaian edisi 2017, mara ke pentas akhir. Mereka dikecewakan Vietnam dengan keputusan 1-0, gol di masa tambahan.

Sebelum ini beliau telah memberi bayangan yang tiada perubahan akan dilakukannya untuk skuad yang bakal diumum ke Piala Asia kerana beliau berpuas hati dengan apa yang dipamekan para pemain itu di Sukan SEA.

“Berdasarkan apa yang saya lihat, mungkin semua pemain beraksi di Sukan SEA akan dibawa ke Uzbekistan kerana kami tidak mempunyai pilihan pemain lagi dengan pasukan sedia ada sudah menunjukkan keserasian baik. Walaupun tempoh persediaan untuk mengharungi perlawanan Piala Asia agak singkat, saya namun percaya saingan di Sukan SEA menjadi medan terbaik untuk membina keserasian dan memperbaiki setiap kelemahan.

Brad Maloney, Harian Metro

Dan sebentar tadi, menerusi laman sesawang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), senarai 23 pemain telah diumumkan dengan mengekalkan keseluruhan pemain yang dibawa ke Sukan SEA termasuk tiga pemain yang berada dalam senarai bersedia iaitu Rahadiazli Rahalim, Umar Hakeem Suhar Rezwan dan Shafi Azswad Sapari.

Ini bukti yang Maloney tetap percaya barisan pemain yang sama akan menghadirkan keputusan yang berbeza.

Skuad kendaliannya dilihat bermasalah di jentera serangan sejak saingan kelayakan Piala Asia B-23, diikuti Piala AFF B-23 yang menyaksikan Malaysia tewas dua kali di tangan Laos di saingan peringkat kumpulan seterusnya tersingkir dan diikuti di temasya dwi tahunan, Sukan SEA yang menyaksikan jentera depan kurang menjadi.

“Hanya Ledak 1, Walaupun Jangkaannya 2” – Statistik Ini Buktikan Kelemahan Jentera Serangan Malaysia

Untuk melihat lebih mendalam masalah di jentera serangan, seorang penganalisis bebas telah mengeluarkan statistik ringkas. Ia bersandarkan Expected Goals (xG) di mana ia dapat mengukur kemampuan meledak gol.

Di Twitternya, chunhang telah mengetengahkan data xG di mana kita dapat melihat keberkesanan penyerang.

Beliau telah melihat dua perlawanan penting iaitu ketika berdepan Vietnam dan Derbi Nusantara, Indonesia.

Bersandarkan analisanya, Malaysia memang wajar tewas kepada Vietnam kerana tiada data xG yang tunjukkan anak buah Maloney mahukan gol tetapi berdepan Indonesia, mereka wajar keluar sebagai pemenang. Data itu menunjukkan Malaysia sepatutnya menang 2-1 dalam tempoh 90 minit permainan tapi sebaliknya berlaku.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN