“Kekal Fokus Dan Tak Perlu Tertekan” – Hamidin Mahu Skuad B-23 Kembali Bangkit

Walaupun masih dibayangi dengan kegagalan untuk memungut sebarang pingat dalam acara bola sepak di Sukan SEA, Hanoi baru-baru ini, para pemain skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) perlu melupakannya secepat mungkin.

Jelas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, beliau mahu para pemain kembali bangkit dan para pemain perlu melupakan segera kisah di Hanoi dari membayangi mereka untuk fokus pada saingan seterusnya.

Menurut beliau, para pemain muda kini mempunyai misi lebih penting iaitu untuk bersaing dalam kejohanan Piala Asia B-23 yang bakal berlangsung di Tashkent, Uzbekistan pada 1 Jun hingga 19 Jun ini.

Semalam, Hamidin telah mengadakan satu pertemuan bersama barisan pemain kendalian Brad Maloney dan beliau dengan optimis melahirkan rasa yakin mereka mampu mencipta sesuatu pada saingan tersebut.

Hamidin juga menuntut agar para pemain muda itu juga terus kekal fokus dan mempamerkan semangat tinggi dalam apa-apa jua perlawanan dihadapi sekiranya mahu akan kejayaan.

“Saingan Piala Asia B-23 2022 adalah misi sebenar skuad muda negara ini selepas menggalas cabaran di Sukan SEA Hanoi. Jangan cepat berpuas hati, pemain-pemain kena berikan aksi lebih baik. Mereka perlu kekal fokus dan tidak perlu tertekan kerana kita sedar kejohanan pentas Asia ini lebih mencabar.

“Berdepan juara bertahan Republik

Korea dan dua pasukan musuh serantau Thailand dan Vietnam dalam saingan Kumpulan C bukan mudah namun itu tidak bermakna kita tidak ada peluang.

“Jadi terpulang kepada pemain-pemain untuk menyahut cabaran ini. Saya berharap mereka akan berjuang habis-habisan hingga titisan keringat yang terakhir,” katanya dalam amanat yang disampaikan dalam pertemuan itu menerusi Facebook rasmi FAM.

Barisan pemain kendalian Maloney bakal berlepas ke Uzbekistan pada 29 Mei ini dalam misi mengharumkan nama negara dalam saingan Piala Asia B-23 dan telah diundi untuk berada dalam Kumpulan C.

Lawan yang bakal dihadapi Malaysia nanti ialah juara bertahan kejohanan tersebut iaitu Korea Selatan, Thailand dan Vietnam.

Untuk rekod ketika di saingan Sukan SEA baru-baru ini, Malaysia berjaya mempamerkan aksi cukup cemerlang ketika di peringkat kumpulan dengan tiada sebarang kekalahan dicatatkan.

Namun, perjalanan mereka untuk menuju ke final tersekat setelah tewas di tangan Vietnam 0-1 ketika penghujung masa tambahan.

Impian untuk sekurangnya meraih pingat gangsa juga tidak berjaya diperoleh barisan pemain Maloney setelah Indonesia berjaya membenam cabaran skuad negara ketika di penentuan sepak penalti.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN