Adakah Pan-gon ‘Scout’ Pemain Yang Bermain Di Luar Seperti Wan Kuzain Dan Omar Raiyan?

Kim Pan-gon

Kim Pan-gon mendedahkan yang beliau pada ketika ini berdepan kesukaran untuk membuat penilaian terhadap pemain-pemain Malaysia yang bermain di luar negara.

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya itu sehingga kini masih belum melakukan tinjaun bakat atau scouting di luar negara kerana berdepan dengan beberapa kekangan.

Untuk rekod terdapat beberapa pemain berdarah Malaysia yang kini beraksi di luar negara yang berpotensi untuk dipanggil mewakili Harimau Malaya.

Antaranya adalah duo Wan Kamal bersaudara iaitu Wan Kuzain dan Wan Kuzri yang berkelana di Amerika Syarikat.

Selain Kuzain dan Kuzri, terdapat seorang pemain muda bernama Omar Raiyan yang bersama-sama kelab gergasi Serbia – Red Star Belgrade.

Beliau pada ketika ini lebih mengkhususkan untuk lebih memberikan tumpuan kepada pemain-pemain yang beraksi dalam saingan domestik.

Ketika sesi sidang media menjelang aksi perlawanan persahabatan Tier 1 bertemu Brunei, Pan-gon telah menjawab persoalan tersebut kepada Semuanya BOLA.

“Adakah coach Kim ada buat scouting untuk pemain negara yang bermain di luar negara seperti Wan Kuzain dan Omar Raiyan Kama Azlan?” soal wakil kami iaitu Shikh Saiful Rizal.

Soal kami itu kemudiannya dijawab oleh jurualtih berusia 53 tahun itu.

Ketika ini agak sukar untuk (kami) menilai pemain di luar negara, dan pada ketika ini kami tumpu kepada menilai pemain dalam negara sahaja,” jelas pengurus dari Korea Selatan itu.

Walau bagaimanapun, bagi pemain-pemain negara yang beraksi di luar negara tetapi sudah beraksi bersama Harimau Malaya seperti Dion Cools, Junior Eldstal dan Liridon Krasniqi mereka tetap dipanggil untuk sertai kem negara kali ini oleh Pan-gon.

Pan-gon turut mendedahkan yang beliau bersama barisan kejurulatihannya telah menilai sekitar 80 pemain sebelum memutuskan untuk memanggil 30 nama untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN