Apabila pengendali, Brad Maloney mengatakan tiada perubahan pemain untuk Piala Asia B-23 yang bermula pada awal Jun depan, tampaknya jentera serangan Malaysia harus diasah untuk menjadi lebih klinikal.
Ini kerana statistik menunjukkan skuad negara bermasalah di jentera serangan. Kita mungkin tidak bermasalah di benteng apabila tampil kukuh terutama sekali ketika berdepan tuan rumah Sukan SEA 2021, Vietnam.
Pemain mempamerkan karekter terbaik waima beraksi di hadapan kurang lebih 18 ribu penyokong tuan rumah. Mereka berjaya mengikat Vietnam sehingga 110 minit aksi – sesuatu yang memeningkan Park Hang-seo.
Sukan SEA: Padah Beri Sepakan Percuma Punca Malaysia Ditumbangkan Vietnam
Malah, wartawan The Star, T. Avineshwaran yang berada di sana turut tampil memuji karekter para pemain yang baginya bermain dengan sangat baik terutama sekali bek tengah, Harith Haiqal yang dilihat sangat berkualiti.
Disebalik pertahanan ampuh, Malaysia dikecewakan dengan jentera serangan yang boleh dikatakan lemah.
Malaysia meledak 10 gol dalam enam perlawanan sehingga ke penentuan pingat gangsa berdepan Indonesia.
Seperti tiada masalah apabila kita meledak banyak gol, namun separuh daripadanya berdepan pasukan ‘biasa’.
It looks like 🇲🇾’s plan is to frustrate 🇻🇳’s as much as possible with their lines at the back. Quickly they switch to five.
But this cannot go for long. We need some cutting edge. No, no long balls to Luqman. Gone are the days of Mokhtar Dahari running with the ball for fun. 😬
— T. Avineshwaran (@avineshW90) May 19, 2022
Untuk melihat lebih mendalam masalah di jentera serangan, seorang penganalisis bebas telah mengeluarkan statistik ringkas. Ia bersandarkan Expected Goals (xG) di mana ia dapat mengukur kemampuan meledak gol.
Di Twitternya, chunhang telah mengetengahkan data xG di mana kita dapat melihat keberkesanan penyerang.
Beliau telah melihat dua perlawanan penting iaitu ketika berdepan Vietnam dan Derbi Nusantara, Indonesia.
I've spent the entire day plotting shots from Malaysia's recent game against Vietnam using @FC_Python 's Event tagger. #SEAGames2022
Based on my xG model, Vietnam's xG accumulated is 1.94, beating #HarimauMuda 's 0.46.
The story of the game is depicted on the xG plot⤵️ pic.twitter.com/1wK0BE0nWu
— chunhang 🇲🇾 (@chunhang7) May 21, 2022
Ketika berdepan Vietnam, data xG anak buah Maloney menunjukkan hanya 0.46 gol mampu dihasilkan skuad negara sepanjang 120 minit permainan.
Jelas, Harimau Muda gagal meledak sebarang gol. Sementara Vietnam pula, data xG mereka menampakkan 1.94 gol mampu diledak – hampir dua gol tetapi hanya satu yang dilakar.
Itupun pada minit ke-110 menerusi penyerang senior, Nguyen Tien Linh yang memanfaatkan peluangnya.
Berdasarkan data itu, jelas yang skuad negara hanya bermain bertahan dan itulah hasil yang telah didapati. Malaysia jarang mengasak Naga Emas apabila hanya satu percubaan tepat dilakar sepanjang beraksi.
Lawan juga bermasalah melakar percubaan dengan hanya satu percubaan tepat daripada sepuluh yang dihasilkan.
Berdepan Indonesia pula, Malaysia memang mahukan kemenangan dan ia ditunjukkan menerusi data itu.
Siapa yang tidak mahukan pingat? Sekurang-kurangnya ia mampu menutup sebentar mulut pengkritik.
Begitupun, sebaliknya berlaku. Malaysia mensia-siakan peluang untuk menang dalam perlawanan tersebut.
Mengapa dikatakan Malaysia mampu menang? Mari kita lihat terlebih dahulu statistik lain perlawanan itu.
Malaysia mencipta tujuh percubaan tepat daripada 17 percubaan yang direkodkan dan Indonesia pula hanya mencipta lapan percubaan dengan hanya tiga percubaan tepat. Tampak skuad muda negara boleh menang.
Apabila melihat statistik chunhang, ia tambah mengecewakan kita. Memang Harimau Muda patut menang.
Malaysia vs Indonesia Expected Goals via @FC_Python #HarimauMuda dominated after a rocky start, but poor shooting decision and quality proved costly -Scored 1, when expected to score at least 2.
Perhaps unlucky but Malaysians can be optimistic with the fight shown throughout. pic.twitter.com/Zx3X1YU5TK
— chunhang 🇲🇾 (@chunhang7) May 24, 2022
Berdasarkan analisanya, Malaysia wajar meledak sekurang-kurangnya dua gol, tetapi hanya satu terhasil.
Data xG skuad negara oleh chunhang menunjukkan Malaysia merekodkan 2.77 gol mampu dihasilkan – hampir tiga gol.
Jadi, sepatutnya jentera serangan skuad negara dipersoalkan tentang kegagalan mereka.
Malaysia sepatutnya sudah keluar sebagai pemenang dalam Derbi Nusantara dengan keputusan 2-1 dalam masa penuh.
Ini kerana, Indonesia menepati data xG mereka apabila hanya melakar satu jaringan – data xG mereka 1.4.
Ketika pusingan kelayakan Piala Asia B-23 pun sudah tampak masalah utama skuad kendalian Maloney ini – penyudah tumpul.
Dalam tiga perlawanan, Malaysia hanya melakar dua gol tanpa bolos. Malaysia layak ke pusingan akhir kejohanan itu selepas menjuarai Kumpulan J dengan dua kemenangan dan satu seri.
Diharapkan Maloney dan barisan kejurulatihan skuad negara ada solusi untuk masalah tersebut apabila tiada perubahan pemain akan dilakukan.
Jentera serangan terutamanya Hadi Fayyadh harus mengasah lagi sentuhan penyudahnya, disamping pemain sandaran lain seperti Luqman Hakim Shamsudin, Azfar Fikri dan Danial Asri.