Walaupun gagal mengutip sebarang pingat dalam kejohanan Sukan SEA baru-baru ini di Vietnam, jelas Brad Maloney selaku pengendali skuad bawah 23 (B-23) negara berpuas hati dengan aksi ditampilkan para pemain.
Menurut Maloney, tidak ada sebarang perubahan besar bakal dibuat dalam pasukannya untuk mengharungi kejohanan seterusnya iaitu Piala Asia B-23 yang bakal berlangsung di Uzbekistan pada awal Jun hadapan.
Keputusan Masa Penuh
Penentuan Pingat Gangsa Bola Sepak Lelaki Sukan SEA 2021 | Ahad, 22 Mei 2022
MALAYSIA 🇲🇾 1-1 🇮🇩 INDONESIA
⚽️ Hadi Fayyadh 81’
⚽️ Ronaldo Joybera 68’*Perlawanan diteruskan dengan penentuan sepakan penalti.#FAM #HarimauMalaya #Vietnam2021 pic.twitter.com/0fHzpAZdP2
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 22, 2022
Ketika ini, pengendali dari Australia tersebut amat berpuas hati dengan barisan pemain yang ada setelah kerja keras dan komitmen ditampilkan mereka dilihat membuahkan hasil ketika beraksi di atas padang.
Tambah Maloney, tidak ada keperluan buat beliau bersama barisan kejurulatihan merombak kembali pemilihan pemain ke Uzbekistan setelah mereka berjaya beraksi dengan cukup baik pada aksi di Sukan SEA.
“Berdasarkan apa yang saya lihat, mungkin semua pemain beraksi di temasya Sukan SEA akan dibawa ke Uzbekistan kerana kami tidak mempunyai pilihan pemain lagi dengan pasukan sedia ada sudah menunjukkan keserasian baik.
“Walaupun tempoh persediaan untuk mengharungi perlawanan Piala Asia agak singkat, saya namun percaya saingan di Sukan SEA menjadi medan terbaik untuk kami membina keserasian dan memperbaiki setiap kelemahan.
“Walaupun kami tidak meraih sebarang pingat, apa yang dilalui pasukan di Vietnam sangat positif dan kami dapat bersaing enam perlawanan antarabangsa dalam tempoh 14 hari.
“Fokus utama ketika ini adalah untuk mengharungi Piala AFC B-23 dan harap pasukan mampu merekodkan keputusan positif di sana nanti,” katanya menerusi Arena Metro.
Pada Sukan SEA 2021, Malaysia gagal untuk meraih sekurangnya pingat gangsa setelah tewas dalam penentuan penalti 3-4 di tangan Indonesia setelah masing-masing terikat dengan jaringan 1-1 selepas 120 minit perlawanan.
Skuad Harimau Malaya B-23 turun menjalani sesi latihan di Padang Stadium Hang Day Hanoi, hari ini.
▶️ Baca penuh di https://t.co/ZShTBCehV1 pic.twitter.com/vwxdPmdlmx
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 21, 2022
Untuk saingan Piala AFC B-23 akan datang, Malaysia bakal menghadapi juara bertahan, Korea Selatan serta dua pasukan dari Asia Tenggara iaitu Vietnam dan Thailand setelah diundi bersama dalam Kumpulan C.
Untuk kejohanan tersebut, Maloney bakal membawa 20 orang pemain utama untuk beraksi selain menyenaraikan empat lagi pemain dalam senarai menunggu sekiranya ada masalah kecederaan terjadi.