“Mungkin Turun Barisan Pemain Terkuat” – Maloney Mahu Terus Catat Kemenangan Atasi Singapura

Setelah mencatat dua kemenangan berturut-turut di peringkat kumpulan dalam aksi Sukan SEA sehingga meletakkan skuad bawah 23 (B-23) sebagai pendahulu carta Kumpulan B, Brad Maloney mahu para pemainnya terus konsisten pada aksi seterusnya berdepan Singapura.

Dalam aksi ketiga skuad negara yang bakal berlangsung malam esok, Maloney telah mengingatkan para pemain supaya tidak sesekali memandang pada pasukan lawan mereka, Singapura walaupun masih segar dengan dua kemenangan.

Menurut pengendali tersebut, Maloney enggan para pemain kendaliannya mengambil mudah pada lawan kerana Singapura juga pastinya mengintai peluang untuk memerangkap Malaysia untuk mencatat kemenangan yang dicari.

Tambah Maloney lagi, beliau mahu para pemain meneruskan rentak kemenangan dengan memastikan Singapura sebagai lawan seterusnya menjadi mangsa mereka pada malam esok.

Walaupun peluang dilihat sangat cerah ketika ini, pengendali tersebut melihat baki dua perlawanan tersebut amat penting bagi mengukuhkan kedudukan pasukan.

“Kita bermula dengan baik dengan mencatatkan dua kemenangan namun perkara itu seharusnya menjadi sebagai peniup semangat untuk meraih kejayaan pada baki aksi pasukan negara.

“Oleh itu, mereka terus fokus untuk mencipta kemenangan dan mungkin akan menurunkan barisan pemain terbaik bertemu Singapura,” katanya menerusi Harian Metro.

Untuk kedudukan semasa, Malaysia gah berada di persada Kumpulan B dengan enam mata penuh berjaya dikutip daripada dua perlawanan. Lawan mereka, Singapura pula kini berada di kedudukan kedua setelah berjaya mengumpul empat mata.

Dalam masa sama, Maloney nyata gembira dengan prestasi semasa para pemain muda kebangsaan yang disifatkan beliau ada peningkatan positif dalam dua perlawanan terdahulu dan berharap agar konsistensi tersebut dapat dikekalkan.

“Mereka sentiasa mahu menjaringkan gol dan itu satu perkara yang baik untuk pasukan dalam usaha meraih kemenangan di temasya Sukan Sea ini,” katanya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN