Sebentar tadi laman Facebook rasmi bola sepak Penang telah mengeluarkan kenyataan mengenai ucapan selamat tinggal kepada pengendali kelab, Thomas Trucha yang sudah pun ditamatkan kontrak secara rasmi.
Trucha sebelum ini dianggap sebagai salah seorang jurulatih yang sangat berjaya sepanjang era kepimpinan beliau sehingga mampu membawa Penang meraih tempat ketiga dalam persaingan Liga Super musim lalu di belakang Johor Darul Ta’zim dan Kedah Darul Aman.
Namun segalanya dilihat mula tidak menjadi pada musim ini apabila Penang masih tidak menemui titik konsistensi dalam permainan sehingga terjerumus di kedudukan terbawah liga dengan mengutip tiga mata keseluruhan.
Untuk rekod semasa, Penang merupakan satu-satunya pasukan yang masih belum mencatat sebarang kemenangan dengan meraih tiga keputusan seri dan tiga kekalahan daripada enam aksi liga.
📊 KEDUDUKAN – LS7#LigaSuper2022 pic.twitter.com/fuLAko8qQC
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 7, 2022
Jika dibandingkan musim lalu, secara keseluruhan daripada 22 perlawanan liga pula Penang antara yang sukar ditewaskan setelah merekodkan 12 kemenangan, lima seri, dan lima kekalahan dengan mengumpul 41 mata.
Masalah yang dihadapi Trucha musim ini jelas apabila beliau kehilangan ramai pemain tonggak yang menjadi kunci utama dalam taktikal beliau seperti Al-Hafiz Harun, Khairu Azrin, David Rowley, dan Sam Somerville.
Berbekalkan beberapa pemain baharu yang dianggap masih kurang matang untuk menggantikan para pemain lama serta pemain import kurang memberi impak, jelas menyukarkan Trucha untuk konsisten meraih keputusan positif dalam permainan.
Pemain seperti Rafael Vitor, Cassagrande Anselmo, Endrick Dos Santos, dan Azmi Muslim pula masing-masing mengalami penurunan dari segi prestasi serta kecederaan.
Muka baharu iaitu Adib Raop, Hafizul Hakim, Christian Rontini dan Hilal El-helwe pula dilihat masih belum mampu untuk memberi kesan positif dalam pasukan.
PENANG FC 2022 | 🖋📄 ALHELWE HILAL BASSAM | HARIA PENANG HARIA
Hilal, pemain yang dilahirkan di Hannover, Jerman kini menjadi sebahagian dari keluarga Penang FC.
Selamat Datang Hilal..!#PenangFC #BolaPenang #HariaPenangHaria #Penang2030 #PenangFC2022 pic.twitter.com/xRcw3KRdsh
— Penang FC (@Penang_FC) February 17, 2022
Berdasarkan rekod lalu Trucha, Penang merupakan satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara yang pernah dikendalikan beliau sepanjang karier dalam kejurulatihan.
Jika dilihat pada rekod baiknya musim lalu bersama Penang, tak mustahil beliau akan terus berada di Asia Tenggara untuk melatih pasukan-pasukan lain pula selepas ini.
Semoga selepas ini Penang kembali bangkit dengan lebih baik dalam saingan Liga Malaysia serta Trucha mendapat peluang positif bersama pasukan lain.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!