Kelibat Mano Polking Dibonceng Motorsikal, Langgar Peraturan Jalan Raya Dan Lepas Kawalan Polis Trafik Jadi Perhatian

Kelibat Ketua Jurulatih skuad B-23 Thailand, Alexander ‘Mano’ Polking dibonceng menggunakan sebuah motosikal dan melanggar peraturan jalan raya di Nam Dinh kini menjadi perhatian media Vietnam.

Insiden tersebut berlaku ketika jurulatih berketurunan Brazil-Jerman itu bergegas mahu ke stadium untuk menyaksikan perlawanan di antara Singapura dan Laos baru-baru ini.

Membuatkan insiden tersebut menjadi bualan adalah kerana Polking turut kelihatan berjaya melepasi kawalan trafik sepasukan polis tanpa sebarang tindakan.

Malah pihak polis turut dikatakan membuka laluan agar jurulatih itu tiba selamat ke destinasi.

Menjelaskan insiden tersebut kepada media, Polking berkata pada ketika itu beliau berada di dalam keadaan tergesa-gesa.

Disebabkan keadaan trafik sesak untuk menuju ke Stadium Thien Truong, beliau telah meminta bantuan seorang pengguna motorsikal di situ untuk tiba segera ke destinasi.

“Saya turun ke kaunter di hotel dan berkata mahu menyaksikan perlawanan di antara Singapura dan Laos.”

“Pada masa itu ia sudah lewat dan saya tidak mahu membuang masa dengan menaikin teksi. Kakitangan hotel itu berkata beliau boleh membawa saya ke sana,” jelas Polking sebelum meneruskan sesi latihan bersama pemainnya semalam.

“Ia hanya mengambil masa tiga minit untuk sampai ke stadium. Lima minit selepas itu saya sudah berada di tempat duduk menyaksikan perlawanan.”

“Saya pernah menetap di Vietnam pada 2021 dan semua orang gemar menggunakan motorsikal. Kakitangan hotel juga membonceng saya dengan selamat,” jelas beliau mengenai kejadian tersebut.

Polking juga mengaku beliau sememangnya gemar menaiki motorsikal dan menikmati bir Vietnam.

Malang sekali Thailand tewas kepada Malaysia dalam perlawanan pertama di Sukan SEA selepas Polking sibuk memantau perlawanan di antara Singapura dan Laos yang berlangsung lebih awal di venue sama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN