Kedah ‘Pancit’ 20 Minit Terakhir & Peranan Baik Matyo, Sony Norde Antara Yang Disingkap Asri Ninggal

Matyo Sony Ifedayo Melaka Kedah 'pancit' Asri Ninggal

Di sidang media sejurus menewaskan Kedah Darul Aman, pengendali sementara Melaka United, Asri Ninggal menekankan betapa lawan telah ‘pancit’ di 20 minit terakhir selain peranan baik yang dimainkan dua pemain.

Dua pemain tersebut adalah Norshahrul Idlan Talaha dan Sony Norde yang dilihat berjaya mengucar-kacirkan benteng lawan. Apa yang dilakukan Asri Ninggal adalah memasukkan Norshahrul atau Matyo di minit ke-65 dan merubah kedudukan Sony Norde ke sebelah kiri untuk lebih menekan tuan rumah di penghujung perlawanan.

Ia perlawanan yang dihiasi lima gol dan penuh aksi serang balas antara kedua-dua pasukan. Barangkali kedua-duanya memburu kemenangan penting untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam saingan Liga Super. Melaka United mahu meneruskan momentum kemenangan, sementara Kedah dahagakan kemenangan.

Kedah yang tewas 0-4 kepada Sabah FC sebelum ini pastinya tidak mahu perkara sama berulang dan dalam masa yang sama, mahu buat sementara waktu memintas kedudukan teratas liga yang diterajui Johor Darul Ta’zim (JDT) – yang tidak beraksi tiga perlawanan disebabkan terlibat dalam AFC Champions League (ACL).

Sebaliknya berlaku apabila mereka masih tewas dan melakukan kesilapan yang sama di benteng apabila terlalu mudah memberikan ruang buat lawan untuk memanipulasinya untuk membawa pulang tiga mata berharga.

“Yang paling utama adalah walaupun kita ketinggalan 1-0 dan 2-1, dalam ‘dressing room’ saya beritahu para pemain kalau nak bermain di Darul Aman bukan mudah kerana kedua-dua pasukan nak menang tapi kita kena ‘all-out’, bermain dengan jiwa dan berikan 100 peratus. Akhirnya 20 minit terakhir Kedah nampak ‘pancit’ dan kita mendominasi terutama di bahagian tengah.”

Asri Ninggal

Peluang inilah yang diambil oleh skuad Hang Tuah untuk merombak sedikit jentera depan apabila Matyo dibawa masuk selepas sejam aksi berlangsung. Sony Norde yang bergerak di sebelah kanan telah diarahkan untuk bermain di sebelah kiri oleh Asri Ninggal dan impak segera terlihat apabila Kedah dilihat sudah mula ‘pancit’.

“Bila kita membuat pertukaran memasukkan Norshahrul Idlan Talaha dan Sony Norde bermain di sebelah kiri, nampak kita mendominasi perlawanan dan mereka telah menyebabkan Kedah kucar-kacir terutama di bahagian pertahanan.”

Asri Ninggal

Melaka United semakin menjarakkan diri daripada zon penyingkiran dengan kemenangan ini dan Kedah pula berputih mata apabila terlepas peluang mendaki ke takhta liga sebaliknya terpaksa turun ke tangga ke-4.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN