Sukan SEA: Lihat Brad Maloney Yang Masih Tenang Berjalan Waima Azfar Fikri Meledak Gol Di Saat Akhir

jaringan azfar fikri bad maloney tak rai sukan sea 2021

Skuad Malaysia B-23 akhirnya berjaya membenam Thailand B-23 dalam aksi pembukaan Kumpulan B, Sukan SEA 2021 dengan keputusan 2-1 dan gol di saat akhir oleh Azfar Fikri tampak tidak dirai oleh Brad Maloney.

Brad Maloney masih tenang berjalan seolah-olah masih dalam situasi memikirkan strategi di mindanya di saat seluruh kem skuad negara telah melompat keriangan meraikan jaringan di penghujung perlawanan tersebut.

Lebih 10 saat Brad Maloney masih dilihat tiada sebarang respon dengan jaringan yang telah membantu Malaysia untuk mendahului dengan aksi hanya berbaki seminit untuk berakhir dalam masa tambahan.

Entah apa yang berada di fikirannya saat itu sehingga salah seorang pemain skuad muda negara datang memeluknya diikuti rakan sepasukan yang lain. Adakah beliau tidak menjangkakan jaringan akan terhasil?

Di saat-saat genting sebegitu, Azfar Fikri dilihat masih tenang mengawal bola waima sedang ditekan oleh penjaga gol berpengalaman, Kawin Thamsatchanan yang merupakan kapten dan salah seorang daripada tiga pemain lebih umur yang telah dibawa skuad Gajah Perang untuk bermain di Sukan SEA di Vietnam kali ini.

Percubaan pertama oleh Hadi Fayyadh terlebih dahulu ditepis Kawin Thamsatchanan sebelum tiba ke kaki Azfar Fikri yang tidak terburu-buru untuk melepaskan rembatan. Beliau mengawal bola tersebut dan memperdaya penjaga gol berusia 32 tahun itu sebelum melepaskan rembatan yang gagal dikeluarkan benteng lawan.

Situasi di stadium saat jaringan terhasil telah dirakam oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

15 minit pertama, Thailand lebih banyak mengasak kubu Malaysia dan sempat beberapa menguji Azri Ghani dan skuad kendalian Brad Maloney jelas gagal mengimbangi corak permainan pantas yang ditampilkan lawan.

Thailand akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-33 menerusi Patrik Gustavsson yang berjaya mengatasi dua pemain pertahanan sebelum rembatan lemah kaki kirinya berjaya mengelirukan penjaga gol, Azri Ghani.

Ketempangan Thailand bermula pada minit ke-41 apabila Jonathan Khemdee menerima kad merah kerana menarik Syahir Bashah yang bijak mengatasi perangkap ofsaid dan terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya menjelma pada minit ke-61 hasil jaringan Danial Asri yang menampan menggunakan lutut hantaran lintang Mukhairi Ajmal untuk menewaskan Kawin Thamsatchanan di gawang.

Dan gol kemenangan Harimau Muda akhirnya terhasil pada minit terakhir masa kecederaan selepas pemain gantian, Azfar Fikri bijak menyudahkan peluang dalam keadaan kelam kabut dalam kotak penalti Thailand.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN