Bagi sesetengah pemain, mereka tidak gemar apabila digantikan dengan pemain lain ketika sedang beraksi.
Sebagai contoh Juan Mata yang berang apabila ditukarkan oleh Jose Mourinho selepas masuk sebagai pemain simpanan ketika perlawanan FA Community Shield awal musim ini.
Terbaru di Sepanyol, bintang Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo pula naik angin selepas ditukarkan.
Naik angin
Dalam perlawanan menentang Las Palmas, Real Madrid diikat oleh pasukan tuan rumah dengan jaringan 2-2.
Ronaldo bergandingan dengan Gareth Bale dan Alvaro Morata di bahagian serangan.
Semuanya nampak baik apabila Madrid mendahului 2-1 hasil jaringan Marco Asensio dan Karim Benzema yang menggantikan Asensio di separuh masa kedua.
Namun pada minit ke-72, Ronaldo pula digantikan dengan Lucas Vazquez.
Tetapi pertukaran yang dilakukan oleh pengurus Zinedine Zidane tidaklah berjalan dengan baik.
Sebaik saja Ronaldo melangkah keluar dari padang beliau berjabat tangan dengan Zidane. Akan tetapi, Ronaldo tidak memandang langsung Zidane.
Sejurus selepas itu, Ronaldo pun ‘meletup’!
Ronaldo menyumpah seranah Zidane kerana menukar beliau dengan Vasquez dengan berkata:
“Kenapa aku?! Aku buat semuanya untuk jadikan skor 2-1. Haram jadah!”
Ronaldo kemudiannya menyambung dengan berkata f*ck dan motherf*cker masing-masing dalam bahasa Portugis dan Sepanyol.
Dan selepas itu beliau menghabiskan sumpah seranahnya dengan mengatakan, “ada 20 minit lagi, 20 minit!”
Untuk kebaikan Ronaldo
Bercakap pada sidang media selepas perlawanan, Zidane menerangkan ada sebab mengapa Ronaldo ditukarkan.
Zidane mahukan Ronaldo cergas untuk perlawanan menentang Borrusia Dortmund di Jerman pada Selasa ini.
“Saya perlu gantikan beliau dari masa ke masa.”
“Ia tiada kena mengena dengan prestasi beliau di atas padang. Saya cuma mahu dia cergas untuk perlawanan Selasa ini.”
Zidane juga jelas faham kemahuan pemainnya untuk terus berada di atas padang. Tetapi beliau juga perlu memikirkan kecergasan pemainnya secara menyeluruh.
Hasil dari bancian online yang dilakukan AS, rata-rata pengundi bersetuju dengan tindakan Zidane.
Sebanyak 84% pengundi bersetuju dengan tindakan Zidane yang juga demi kebaikan Ronaldo.
Zidane pastinya mahu mendapatkan prestasi yang terbaik dari Ronaldo apabila bertandang ke Jerman Selasa ini.
Mana tidaknya, Ronaldo belum pernah merasa kemenangan di Dortmund. Jadi ini peluang terbaik untuk beliau dan Real Madrid menewaskan Dortmund.
Baca juga: Previu UCL 2016/2017: Jentera Serangan Dortmund Boleh Beri Masalah Kepada Real Madrid