Seolah tidak pernah wujud perkataan tewas. Itulah yang boleh disifatkan buat Negeri Sembilan musim ini dalam saingan Liga Super apabila skuad tersebut masih lagi belum merekodkan sebarang kekalahan sepanjang enam perlawanan.
Lebih menarik, mereka juga berjaya merampas tangga pendahulu Liga Super daripada Johor Darul Ta’zim apabila mengutip 14 mata keseluruhan dari enam perlawanan tersebut dan hanya mengalami dua keputusan seri setakat ini.
📊 KEDUDUKAN LIGA SUPER – LS7
Negeri Sembilan FC dan Melaka United FC masing-masing meraih kemenangan malam ini!#LigaSuper2022 pic.twitter.com/CXNOcKru59
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 6, 2022
Semalam, mereka berjaya menundukkan Sarawak United di gelanggang lawan iaitu Stadium Negeri dengan keputusan penuh 2-1.
3 mata penuh di Negeri Stadium, Sarawak 🟡⚫🔴
Tamat perlawanan, Sarawak United FC 1 – 2 Negeri Sembilan FC.#SWUNSE#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/ibMY2hFg5m
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) May 6, 2022
Walaupun beraksi di laman sendiri serta masih segar dengan kemenangan lalu mengatasi Petaling Jaya City, nyata Sarawak United gagal untuk mengekalkan konsistensi mereka dan hanya mengumpul empat mata sahaja keseluruhan dan berada di ambang zon penyingkiran.
Dalam aksi tersebut, pelawat hampir membuka jaringan awal menerusi Kossi Adetu pada minit ke-21 setelah pemain tersebut berjaya melepaskan satu percubaan sebelum bola jauh melambung tinggi biarpun penjaga gol, Sharbinee Alawee sudah pun tewas.
Tidak lama selepas itu, giliran pemain import tuan rumah iaitu Gonzalo Soto pula mempunyai peluang keemasan sebelum percubaan beliau diselamatkan oleh Herold Goulon pada minit ke-30 untuk mengekalkan keputusan separuh masa pertama seri tanpa sebarang jaringan.
Bersambung di separuh masa kedua, Sarawak United terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-50 menerusi tandukan Boris Kok setelah menerima hantaran cantik daripada Lee Chang-hoon melalui sepakan percuma.
69' GOL | Matheus Alves meletakkan Negeri Sembilan di depan!@sufc_rasmi 1-2 @nsfc1923 #LigaSuper2022 pic.twitter.com/rjmgHrByZB
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 6, 2022
Francis Kone hampir meletakkan Sarawak United terus selesa pada minit ke-60 namun tandukan penyerang import tersebut sedikit tersasar dari gawang gol.
Enggan mengalah dengan mudah, pelawat berjaya bangkit menyamakan kembali kedudukan pada minit ke-64 menerusi sepakan penalti yang tenang diambil oleh Goulon untuk memberi kelegaan buat K. Devan.
Negeri Sembilan nyata boleh mengukir senyum pada minit ke-69 setelah rembatan deras tonggak serangan mereka iaitu Matheus Alves berjaya meletakkan pelawat pula di hadapan untuk terus melonjakkan motivasi pasukan.
Sarawak United pula terus dirundung malang apabila penjaga gol mereka, Sharbinee Alawee pula dilayangkan kad merah pada minit akhir permainan akibat menahan bola dengan tangan di luar kotak penalti sebelum digantikan oleh S. Chanturu dan keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!