Tampil dengan gelaran juara Liga Premier musim lalu, nyata Negeri Sembilan dilihat sebagai salah satu pasukan yang membuat persediaan rapi untuk memberi cabaran di Liga Super tahun ini.
Next match!
Negeri Sembilan FC akan berkunjung ke Kuching dalam perlawanan Liga Super 2022 menentang Sarawak United FC.
Perlawanan akan berlangsung pada Jumaat, 6 Mei 2022, 8:15 malam. pic.twitter.com/PYvUURm5Nb
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) May 4, 2022
Walaupun mereka tewas dalam pusingan pertama Piala FA beberapa hari lalu di tangan Terengganu, anak buah K. Devan dilihat sudah pun melupakannnya dan bakal bangkit untuk perlawanan seterusnya dalam aksi liga menentang Sarawak United di Kuching, malam esok.
Nasrullah Hanif selaku pembantu kapten pasukan mengakui ketika ini beliau bersama rakan sepasukan terpaksa melupakan seketika sambutan Aidilfitri kerana tanggungjawab mereka untuk berjuang meraih kemenangan buat Negeri Sembilan biarpun perayaan tersebut masih dirasai.
Aksi-aksi perlawanan Piala FA malam tadi. Keputusan penuh perlawanan, Terengganu FC 2 – 1 Negeri Sembilan FC.
It's ok, Jang. Let's focus on next match! 💪💪 #TERNSE#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/ZVPIrB4dtB
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) April 30, 2022
Saya dan rakan sepasukan akan turun habis-habisan di Kuching nanti dalam misi mendapatkan kemenangan, sekali gus mempertahankan rekod tanpa kalah setakat ini.
“Walaupun cabaran akan dihadapi bukan mudah kerana beraksi di gelanggang lawan, sasaran itu akan diusahakan sepenuhnya untuk meletakkan pasukan pada kedudukan terbaik dalam carta liga.
“Kekalahan kepada Terengganu FC (TFC) dalam saingan Piala FA, Jumaat lalu, sudah dilupakan dan kini misi kami adalah mempertahankan reputasi sebagai pasukan belum tewas dalam liga,” katanya menerusi Arena Metro.
Jelas pertahanan kental tersebut, beliau melahirkan rasa yakin dan percaya akan rakan sepermainannya mampu untuk melaksanakan tugas dan mengambil rasa tanggungjawab untuk menyekat segala pergerakan lawan selain mengelak dari dibolosi.
Dalam masa sama, Nasrullah juga menegaskan agar mereka lebih agresif dalam setiap pergerakan dibuat untuk menekan pasukan lawan selain memanfaatkan setiap peluang terhidang untuk menghasilkan dalam bentuk jaringan.
Setakat ini, Negeri Sembilan kekal kebal dalam saingan Liga Super apabila merekodkan tiga kemenangan dan dua seri daripada lima aksi dilalui mereka untuk mengumpul 11 mata keseluruhan dan berada di kedudukan keempat carta liga.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!