Manchester City menjadi mangsa kepada salah satu kebangkitan luar biasa dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas Real Madrid menjaringkan tiga gol pada minit-minit akhir untuk menang 3-1 dan seterusnya mara ke perlawanan akhir.
Minggu lalu The Los Blancos tewas 4-3 di tempat lawan pada minggu lalu dan kemudian ketinggalan 1-0 selepas Riyad Mahrez menjaringkan gol pada minit ke-73.
Ketika perlawanan sudah memasuki minit terakhir, bermulalah keajaiban.
Pemain gantian Rodrygo menyudahkan hantaran dekat Karim Benzema pada minitk ke-90 yang juga merupakan percubaan tepat pertama Real Madrid dalam perlawanan.
Menyedari masih ketinggalan dari segi agregat, pemain-pemain Real segera kembali ke kawasan sendiri untuk meneruskan aksi.
Hanya 90 minit kemudian, penyerang muda Brazil tersebut menggegarkan Santiago Bernabeu dengan jaringan menerusi tandukan selepas menerima hantaran lintang Dani Carvajal.
City yang sudah bersedia untuk perlawanan akhir keduanya dalam dua tahun berturut-turut jelas tergamam dengan situasi yang berlaku.
Dengan enam minit masa kecederaan diberikan, kedua-dua pasukan giat memburu jaringan kemenangan. Namun kedudukan masih terikat 5-5 secara agregat sehingga pengadil meniup wisel penamat.
5 minit selepas bermula masa tambahan, Benzema dijatuhkan Ruben Dias dalam kotak penalti dan pengadil tanpa ragu-ragu menghadiahkan sepakan penalti buat pasukan tuan rumah. Semakan VAR juga mengesahkan keputusan tersebut.
Penyerang Perancis berkenaan mengambil sendiri sepakan dan tanpa sebarang masalah menterjemahkan peluang tersebut dengan gol kemenangan menewaskan Ederson yang mungkin menjadi gol terpenting dalam kariernya.
Pep Guardiola jelas menjadi individu paling kecewa apabila masih gagal meraih kejuaraan Eropah pertamanya bersama The Citizens. Malah beliau juga telah merekodkan enam kekalahan di peringkat separuh akhir.