Atas permintaan khas Park Hang-seo, tidak kurang 10 anggota polis telah ditugaskan melakukan kawalan di sekitar pusat latihan khas skuad B-23 Vietnam yang kini sedang sibuk melakukan persiapan bagi menghadapi Sukan SEA.
Menurut The Thao, skuad B-23 Vietnam kendalian Park Hang-seo dijadualkan menjalani latihan tertutup di padang latihan berdekatan Stadium Viet Tri semalam.
Kawasan tersebut sebenarnya agak terbuka dan terletak bersebelahan kebun sayur dan kolam – membuatkan jurulatih dari Korea Selatan itu seolah-olah paranoid akan diintip oleh lawan.
Oleh sebab itu Hang-seo mengambil langkah berjaga-jaga dan meminta pihak Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) mendapatkan bantuan polis untuk berkawal di sepanjang pusat latihan tersebut.
Tidak cukup dengan itu, di dalam kawasan latihan beberapa individu daripada VFF turut diarahkan untuk memantau kawasan sekitar untuk mengelakkan daripada pencerobohan.
Seorang pegawai keselamatan yang dilantik untuk bersama skuad B-23 mengesahkan kawalan keselamatan pasukan itu telah diperketatkan dan sebenarnya telah bermula sebelum perlawanan persahabatan menentang skuad B-20 Korea Selaran pada April lalu.
Skuad B-23 Vietnam dikharkan memiliki kelebihan kerana mengadakan latihan di Stadium Viet Tri. Jarak perjalanan daripada hotel penginapan pasukan ke padang latihan hanya 4KM.
Padang rumput latihan skuad B-23 Virtnam di situ juga menyerupai jenis padang rumput pada hari perlawanan nanti.
Manakala pasukan lain akan menggunakan kemudahan latihan di Tam Nong dan Stadium Bai Nang yang terletak lebih jauh daripada pusat bandar dan hotel penginapan.